Home > In The Court
Kes Tetak : Lelaki Tempatan Direman
March 24th, 2021 | 12:45 PM | 1111 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan cedera parah selepas ditetak dalam satu kes pergaduhan di kawasan jalan raya berdekatan dengan Kampung Setia 'A', di sini.
Dalam kejadian pada 21 Mac 2021, jam 3.00 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan didakwa ditetak oleh suspek menggunakan senjata tajam. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk mendapatkan rawatan lanjut. Punca kejadian belum diketahui dan masih dalam siasatan polis.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim memerintahkan suspek Hamzah bin Pehin Orang Kaya Kesuma Dato Paduka Haji Ali yang berusia 53 tahun direman bagi membantu siasatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hidayatul Aeny Alisah binti Haji Zullizam manakala tertuduh diwakili Peguam Bela DC Khairul Nizam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]