Home > In The Court
Dikenakan Perintah Ikat Jamin
March 26th, 2021 | 11:26 AM | 748 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Perbicaraan terhadap kes seorang lelaki tempatan di bawah Seksyen 160 Bab 22 Kanun Keseksaan diteruskan lagi di Mahkamah Majistret hari ini.
Tertuduh, Hamzah bin Pehin Orang Kaya Kesuma Dato Paduka Haji Ali, 53 tahun, dikenakan perintah ikat jamin sebanyak BND5,000 atau dua orang warga tempatan atas pertuduhan membuat kekacauan di khalayak ramai dengan sengaja menyebabkan mangsa cedera parah menggunakan pedang samurai.
Walaupun tertuduh diikat jamin, tidak bererti dia dilepaskan daripada kesalahan yang dilakukannya. Semasa perbicaraan tersebut, Hamzah mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pemangku Majistret Kanan, Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim.
Mahkamah menetapkan kes tersebut akan diperdengarkan lagi pada 22 April 2021 jam 9.00 pagi. Mahkamah juga membenarkan ikat jamin dengan syarat tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi kejadian selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sepanjang tempoh perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hidayatul Aeny Alisah binti Haji Zullizam manakala tertuduh di wakili Peguam Bela DC Khairul Nizam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]