Home > In The Court
Padah Memiliki 52 Karton Rokok
March 31st, 2021 | 10:54 AM | 868 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki, warga tempatan, didenda BND42,000 atau 14 bulan penjara, di Mahkamah Majistret, hari ini.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim juga menetapkan tempoh diberi sehingga 28 September 2021 jika Norazrin bin Haji Ahad (defendan) gagal membayar denda berkenaan.
Defendan, 39 tahun, didakwa melakukan kesalahan tersebut kerana memiliki 52 karton rokok pelbagai jenama dan dia ditangkap Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja semasa operasi dan pengawasan yang dijalankan di Kampung Menengah, Temburong, pada 7 Januari 2021.
Kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam dan Eksais, Haji Mohd. Junaidi bin Haji Ahmad di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]