Home > In The Court
Dihukum atas kesalahan mencuri
April 10th, 2021 | 12:21 PM | 1456 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Tinggi kelmarin menjatuhkan hukuman ke atas dua lelaki warga tempatan, Mohammad Faizul bin Brahim dan Abdul Amirin Shaff'ien bin Morni, masing-masing atas kesalahan di bawah Seksyen 454, 414 dan 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
Mohammad Faizul bin Brahim (Defendan Pertama - D1) dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan tiga kali sebatan.
Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 454 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, D1 dijatuhkan hukuman tiga tahun dan tiga kali sebatan, manakala satu tahun dan empat bulan penjara dijatuhkan ke atas D1 bagi pertuduhan ketiga di bawah Seksyen 380 akta yang sama, di mana hukuman-hukuman ini berjalan secara serentak.
Sementara itu, Abdul Amirin Shaff'ien bin Morni (Defendan Kedua - D2) pula dijatuhkan hukuman satu tahun dan dua bulan penjara bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 414 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
Hakim Harnita Zelda Skinner menetapkan hukuman kedua-dua defendan berkenaan dijalankan bermula 25 Mac 2021.
Dalam fakta kejadian, D1 berumur 24 tahun didakwa melakukan kesalahan sekitar jam 11.00 pagi di antara 30 Disember 2020 dan 16 Mac 2021 dengan memecah masuk sebuah rumah di Jalan Bangungos, Kampung Tanjong Maya, Tutong bagi tujuan mencuri.
Semasa kejadian, D1 mencuri lima rim kereta yang dijumpai di dalam bilik stor; satu penghawa dingin 'window' jenama York, satu kipas dinding jenama Khind dan satu radio berwarna merah dijumpai di ruang tamu rumah berkenaan.
D2 yang berumur 30 tahun pada hari sama, iaitu di antara 30 Disember 2020 dan 16 Mac dengan sukarela membantu D1 untuk memindah dan mengangkat barang-barang yang telah dicuri ke dalam kereta D1.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Awang Kamal Ariffin bin Ismail.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]