Home > In The Court
Menjual Barang Curi, Dijatuhkan Hukuman Penjara
April 11th, 2021 | 12:13 PM | 934 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman penjara 56 hari oleh Mahkamah Perantaraan kerana kesalahan menjual barang harta curi.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Dayangku Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.
Abu Hassan bin Awang Anak, 32 tahun, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Bagaimanapun, tertuduh diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh direman iaitu pada 8 Mac 2021.
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan menolong seorang rakan untuk menjual beberapa barang curi iaitu satu Monitor Hp, satu Hp Keyboard, satu Hp Mouse dan satu Hp Cable yang kesemuanya bernilai BND55 kepunyaan Sekolah Menengah Lambak Kiri.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat membantu rakannya yang juga tertuduh (D1) untuk mencari pembeli dan pada 22 Ogos 2020 tertuduh menawarkan melalui WhatsApp dan pembeli telah bersetuju untuk membeli barang curi tersebut.
Pendakwaan dilakukan Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad, manakala tertuduh diwakili Peguam Bela, DC Sheikh Noordin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]