FacebookInstagramTwitterContact

 

Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>           Two of our top Anker power banks are back on sale at all-time low prices           >>           You Can Finally Use Passkeys To Sign Into Your Microsoft Account           >>           Huawei Has Been Secretly Funding Research In America After Being Blacklisted           >>           NWSL Roundup: Barbra Banda Carries Pride Past Courage           >>           Australia International Alessandro Circati Gets Parma Promoted To Serie A           >>           Crew Beat Monterrey To Reach Concacaf Champions Cup Final           >>           Jadon Sancho's Stellar Play No Surprise To Dortmund Boss Terzic           >>           Tottenham Remain Uncertain On Timo Werner Future – Postecoglou           >>           Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Didakwa Atas 2 Pertuduhan Beri Rasuah


 


 April 20th, 2021  |  13:29 PM  |   705 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki, warganegara India, Mohammad Faisal Khan, berumur 36 tahun, hari ini, didakwa di Mahkamah Majistret atas dua kesalahan, di bawah Bab 6 (b) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131).

 

Kes ini dilaporkan oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) kepada Biro Mencegah Rasuah (BMR), berkaitan dengan satu kes, di mana seorang yang ditangkap untuk disiasat atas kesalahan berkaitan dengan dadah telah menawarkan wang rasuah kepada pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang.

 

Mohammad Faisal Khan (Tertuduh), ditangkap pada 17 April 2021, di sebuah kedai jahit, Kampung Birau, Tutong kerana memberi rasuah dalam dua masa yang berlainan kepada Pegawai BKN yang membuat tangkapan dan pegawai penyiasat kes tersebut.

 

Tertuduh ditangkap oleh Pegawai BKN atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan memiliki perkakas untuk memakan dadah terkawal, di kedai jahit tersebut.

 

Dua pertuduhan yang dihadapi, iaitu pertuduhan pertama, tertuduh menawarkan wang rasuah berjumlah BND200 kepada Pegawai BKN yang membuat tangkapan sebagai dorongan untuk menghalang pegawai tersebut mengambil tindakan terhadapnya setelah penemuan alat-alat perkakas untuk memakan dadah terkawal yang ditemui dalam simpanan tertuduh semasa ditangkap oleh BKN, pada 17 April 2021, kira-kira jam 9.36 pagi.

 

Bagi pertuduhan kedua pula, pada hari yang sama, 17 April 2021, kira-kira jam 10.30 pagi, di pejabat BKN, Tutong, tertuduh sekali lagi menawarkan wang rasuah berjumlah BND500 kepada Pegawai Penyiasat BKN untuk tidak menjalankan siasatan terhadapnya.

 

Hari ini, semasa prosiding mahkamah, kedua-dua pertuduhan dibacakan kepada tertuduh dan tiada pengakuan direkodkan.

 

Mahkamah memerintahkan agar tertuduh dilanjutkan tahanan reman di Balai Polis dan menetapkan 21 April 2021, 10.00 pagi, untuk sebutan lanjut kes berkenaan.

 

Hadir bagi pendakwaan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazal. Kes ini diperdengarkan di hadapan Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman.

 

Dalam pada itu, BMR mengingatkan orang ramai bahawa menawarkan rasuah kepada pegawai penguat kuasa adalah kesalahan serius, yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda BND30,000.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06