Home > In The Court
Dipenjara 14 Bulan Kerana Rokok
April 24th, 2021 | 11:21 AM | 888 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang nelayan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 14 bulan penjara setelah gagal membayar denda BND24,000, di Mahkamah Majistert, baru-baru ini.
Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd. Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Majid bin Idris kerana melakukan kesalahan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Abdul Majid (defendan) merupakan seorang warga tempatan dan berusia 37 tahun. Dia didakwa kerana memiliki 29 karton rokok pelbagai jenama.
Defendan ditangkap oleh Pegawai Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei semasa menjalankan rondaan di kawasan sekitar Pantai Serasa, pada 22 Februari 2021.
Dalam pendakwaan yang dijalankan Pegawai Pendakwa Kastam dan Eksais, Haji Mohd. Junaidi bin Ahmad menyatakan, defendan tidak mempunyai rekod kesalahan lalu, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]