Home > In The Court
Didenda BND1,500 Akibat Dadah
April 27th, 2021 | 14:35 PM | 967 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang wanita, warga tempatan dikenakan denda BND1,500, di Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memakan dadah terkawal.
Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman kemudian menetapkan bayaran denda terhadap Nursyahirah binti Arman (defendan) sehingga 31 Julai 2021 dan jika gagal, akan dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara.
Nursyahirah, 19 tahun, didakwa melakukan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan yang dijalankan oleh Pegawai-pegawai Biro Kawalan Narkotik, di kediamannya di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Telisai, Tutong, pada 25 Mac 2021.
Pada keesokan harinya, defendan dibawa bagi menjalani ujian air kencing, di mana hasil ujian air kencing tersebut mendapati mengandungi positif kelas 'A', Methylamphetamine.
Pegawai Pendakwa, Normahirah binti Rosli dalam pendakwaannya turut menyatakan, defendan tidak mempunyai rekod kesalahan lalu, di bawah seksyen 6(b) Akta Penyalahgunaan, Penggal 27.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]