FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Curi : Penjara 16 Bulan


 


 May 1st, 2021  |  11:03 AM  |   2327 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang wanita yang juga pengawal keselamatan menerima padah apabila di hukum penjara 16 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana mencuri sebuah kenderaan.

 

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu ke atas Noormarlianti binti Haji Omar, 38 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

 

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap.

 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud memberitahu mahkamah bahawa tertuduh, Noormarlianti bersama dua rakannya di sekitar Bangunan GP Satu, Jalan Gadong pada jam 6.10 petang, 20 April, ketika tertuduh melihat kenderaan tersebut diletakkan di belakang bangunan.

 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh memeriksa bonet kenderaan untuk memeriksa apakah ada bateri di dalamnya. Oleh kerana tidak ada, tertuduh kemudian menghubungi pemandu trak tunda untuk datang ke bangunan tersebut untuk ditarik kenderaan tersebut, walaupun mengetahui bahawa kenderaan tersebut bukan miliknya.

 

Sekitar jam 6.53 petang, ketika pemandu trak tunda tiba di bangunan tersebut, tertuduh mengarahkan pemandu trak (penarik) untuk menarik kenderaan tersebut ke rumah rakannya di Kampung Bebatik, Kilanas. Tertuduh kemudian membayar pemandu trak tunda sejumlah BND30 untuk perkhidmatan penarik.

 

Pada bulan Disember 2020, mangsa menghantar kenderaan Perodua Viva untuk diperbaiki di Sebuah Bengkel Jalan Gadong. Pada 21 April 2021, pekerja bengkel tersebut menyedari bahawa kenderaan tersebut hilang dari tempat letak kereta di belakang Bangunan G.P Satu, di mana mereka mula-mula meletakkannya.

 

Selepas itu, pengadu, menghubungi dan membuat laporan polis. Siasatan polis membawa kepada penahanan tertuduh. Dalam pernyataan tertuduh kepada polis, dia mengaku mencuri kenderaan tersebut dari tempat letak kereta.

 

Tertuduh juga mengaku telah mengambil kenderaan tersebut. Kereta yang ditarik dari bangunan tersebut juga dirakam oleh kamera CCTV bangunan tersebut. Melalui siasatan polis, kenderaan tersebut berjaya ditemui. Mahkamah juga memerintahkan agar kenderaan curi yang dipulangkan itu dikembalikan kepada pemilik yang sah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06