Home > In The Court
Kes Musang King Diperdengarkan Lagi 19 Mei
May 5th, 2021 | 10:48 AM | 879 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Enam warga tempatan yang terlibat dalam aktiviti dadah semasa Operasi Musang King, yang dijalankan oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) dilanjutkan tahanan reman, di Mahkamah Majistret, pagi tadi.
Perbicaraan di hadapan Ketua Majistret, Pengiran Hajah Masni binti Pengiran Haji Bahar dijalankan menerusi 'video conference' bagi Jakaria bin Ahad (Defendan Pertama - D1); Siti Izzatul Munirah binti Ahmad (Defendan Kedua - D2); Mohammad Isamuddin bin Ahmad (Defendan Ketiga - D3); Ahmad bin Haji Tamit (Defendan Keempat - D4); Maskunah binti Wahab (Defendan Kelima - D5); dan Mohammad Saifuddin bin Ahmad (Defendan Keenam - D6).
Ketua Majistret, Pengiran Hajah Masni juga menetapkan sebutan semula kes tersebut terhadap enam defendan berkenaan akan diperdengarkan lagi, pada 19 Mei 2021, 9.00 pagi.
Keenam-enam mereka didakwa, di bawah Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah (APD), Penggal 27, iaitu atas kesalahan memiliki dadah bagi tujuan mengedar dadah kelas 'A' yang melebihi daripada 100 gram membawa kepada hukuman gantung hingga mati
D1 dan D2 turut didakwa, di bawah Seksyen 3 Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah, 2012, iaitu atas Kesalahan Membersihkan Wang Haram, yang boleh membawa denda tidak melebihi BND500,000 dan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian Abdul Rahman, sementara DC Haji Daud Ismail dan DC Pengiran Mohammad Khairul Nizam bin Pengiran Haji Mohd. Yassin mewakili bagi pihak defendan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]