Home > In The Court
Dihukum Penjara 6 Bulan Akibat Menceroboh
May 10th, 2021 | 11:18 AM | 1500 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret kerana didapati melakukan jenayah menceroboh.
Tertuduh juga terlibat dalam kes jenayah sejak 1997 hingga 2020.
Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mengambil kira akan sabitan kesalahan tertuduh sebelumnya yang banyak dalam memberikan hukuman yang sesuai ke atasnya.
Tamil bin Johari, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad.
Tertuduh melakukan kesalahan pada 26 Disember 2020 sekitar 4.24 petang di Bangunan TelBru, Airport Lama Berakas dengan melakukan pencerobohan dengan niat mencuri kabel.
Dalam siasatan lanjut, bangunan tersebut adalah milik Kementerian Pertahanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]