Home > In The Court
Gagal Bayar Denda, Penjara 14 Bulan
May 11th, 2021 | 09:37 AM | 855 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistert, baru-baru ini, menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara kepada seorang buruh, di salah sebuah syarikat swasta kerana gagal membayar denda BND42,000.
Md. Maen Uddin (defendan), warganegara Bangladesh, dengan bilangan pasport 51-255764 didakwa kerana memiliki 39 karton rokok dan 22 paket rokok berbagai jenama.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Defendan ditangkap di sebuah rumah di kawasan Jalan Pasir Berakas oleh Pegawai Pencegah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Cawangan Bandar Seri Begawan, pada 28 April 2021.
Dalam pendakwaan yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Awangku Muhammad Afiq bin Pengiran Haji Nordin menyatakan, kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]