FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Eksesais Hikmat Bersatu V : Uji Keupayaan ABDB


KEBERANGKATAN tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Bolkiah Garison dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit. | FOTO: INFOFOTO (Mohamad Azmi Aw. Damit, Amp Hj. Mahmud Amp Hj. Tengah, Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Hj. Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 April 6th, 2016  |  08:38 AM  |   5595 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 5 April. - Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 (HB V/2016) berlangsung sejak 1 April lalu berkonsepkan daripada kesinambungan Eksesais Perisai Kebangsaan 4 / 2015 (EPK 4 / 2015) yang menumpukan kepada ancaman keselamatan bukan tradisional (non-traditional security threats).

 

HB V/2016 kali ini melibatkan beberapa kawasan di perairan Negara Brunei Darussalam serta beberapa kawasan pedalaman, perumahan dan komersial termasuk sebahagian jalan raya di beberapa tempat di Daerah Brunei dan Muara, Belait, Tutong dan Temburong.

 

050416 HBV AMIRUL02 KEM

KEBERANGKATAN tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Bolkiah Garison dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

 

Berkenan berangkat bagi meninjau dan menyaksikan HB V/ 2016 secara lebih dekat lagi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Bolkiah Garison di sini dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar.

 

050416 HBV AZMI16 PEN

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mencuba salah satu senjata semasa berada di Padang Tembak Galeri Binturan, Penanjong Garison (Field Firing Area,) Binturan.

 

Sejurus keberangkatan tiba di Bolkiah Garison, Duli Yang Teramat Mulia disembah kenal kepada Ketua-Ketua Kumpulan Kerja bagi Eksesais HB V/2016 dan kemudiannya dijunjung ke Bilik Taklimat Markas Angkatan Bersama.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan ABDB, Kapten Ariffin bin Amit.

 

Pemerintah ABDB dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan HB V/2016 melibatkan semua unit ABDB termasuk Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Rejimen Pasukan Khas, Jabatanarah-Jabatanarah di Kementerian Pertahanan dan aset-aset serta kelengkapan ketenteraan.

 

050416 HBV RIZAL02 PEN

DYTM berkenan menyaksikan operasi Tentera Darat Diraja Brunei dan Rejimen Pasukan Khas ABDB.

 

Manakala taklimat mengenai Eksesais HB V pula disembahkan oleh Pengarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan, Kolonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim yang juga selaku Pengarah Eksesais yang menyatakan eksesais itu bertujuan untuk menilai keupayaan baru ABDB dalam memenuhi misi yang diamanahkan di samping menilai operasi bersama doktrin dan prosedur operasi standard yang dikemas kini.

 

Sementara itu, Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dalam sembah taklimat operasi juga antara lain menyatakan operasi HB mula dilaksanakan pada tahun 2003 dan tahun ini merupakan kali yang kelima diadakan.

 

050416 HBV HJMAS20 PEN

DYTM berkenan mendengarkan sembah penerangan ringkas daripada anggota ABDB mengenai latihan tersebut.

 

Sejurus selepas itu, DYTM berkenan beredar bagi menyaksikan secara dekat Pusat Gerakan Bersama dan komponen-komponen di bawah pusat berkenaan di dalam merancang operasi bersama.

 

Sebelum berangkat menaiki helikopter ke Padang Tembak Galeri Binturan, Penanjong Garison (Field Firing Area,) Binturan, DYTM berkenan menyaksikan Sidang Media di Muzium ABDB yang mana merupakan salah satu aktiviti dalam senario eksesais tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohammad Rainie Hj. Durani, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12