Home > In The Court
Dihukum Denda BND14,600 Akibat 162 Paket Rokok
May 27th, 2021 | 10:30 AM | 573 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman jika gagal membayar denda sebanyak BND14,600 atau 13 bulan penjara.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abd. Rahman menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Afizan bin Md. Zain, 32 tahun, kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 148 (1) (d) Perintah Eksais 2006, iaitu memiliki 162 paket rokok.
Mahkamah memberi tempoh kepada tertuduh untuk menjelaskan denda sehingga 1 Februari 2022.
Kesemua barang yang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]