Home > In The Court
Dihukum Denda BND49,000 Akibat 49 Karton Rokok
May 27th, 2021 | 10:31 AM | 627 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman jika gagal membayar denda sebanyak BND49,000 atau 15 bulan penjara.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Pengiran Saiful Rijal bin Pengiran Azahari, 42 tahun, kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 148 (1) (d) Perintah Eksais 2006, iaitu memiliki 49 karton rokok.
Mahkamah memberi tempoh kepada tertuduh untuk menjelaskan denda sehingga 4 April 2022.
Kesemua barang yang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]