FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Menyebarkan Maklumat Tidak Sahih


 


 May 30th, 2021  |  12:38 PM  |   685 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret hari ini kerana mengeluarkan pelbagai sentimen serta menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih dan boleh menyebabkan ketakutan atau menimbulkan kebimbangan dan kerisauan yang serius kepada masyarakat awam.

 

Mengikut pertuduhan tersebut, tertuduh, Haji Zulkipli bin Awang Haji Abu Bakar, 64 tahun, membuat teks mesej tular di media-media sosial bersama Hajah Radziah binti Awang Haji Abu Bakar, 65 tahun, pada 23 Mei 2021.

 

Tertuduh, Haji Zulkipli didapati membuat teks mesej tular yang menyatakan kemasukan warga-warga asing secara tidak sah ke negara ini dengan melalui jalan-jalan tikus dan juga melalui perjalanan laut.

 

Tertuduh kemudian menghantar teks tular itu kepada kakaknya secara peribadi tetapi tidak ada balasan, namun tertuduh bertindak menghantar teks mesej kepada ahli keluarganya, iaitu di dalam WhatsApp 'group'.

 

Keluarga tertuduh iaitu kakaknya menghantar teks mesej kepada kawan-kawan rapat sehingga mesej menjadi tular.

 

Tertuduh mengaku bahawa teks mesej tersebut adalah rekaan semata-mata dan palsu.

 

Tertuduh mengetahui bahawa dengan membuat demikian, ia akan menimbulkan kekhuatiran akan keselamatan masyarakat umum kerana bersangkutan dengan kemungkinan penyebaran COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

 

Dalam siasatan, tertuduh membuat mesej tersebut dengan tujuan untuk mengingatkan adik-beradik agar berhati-hati dan meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19 pada musim perayaan.

 

Walau bagaimanapun, siasatan selanjutnya menunjukkan bahawa tertuduh tidak mengambil langkah untuk memberitahu adik-beradiknya bahawa teks mesej mengandungi maklumat palsu.

 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22, iaitu pernyataan yang mendatangkan khianat awam, di mana jika sabit kesalahan akan diberi hukuman penjara selama lima tahun berserta denda dan di bawah Seksyen 34, Akta Ketenteraman Awam Penggal 148, iaitu menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah yang boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu, di mana jika sabit kesalahan akan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun berserta denda.

 

Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menetapkan 1 Jun 2021 untuk tarikh perbicaraan selepas Haji Zulkipli mengaku salah, sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah.

 

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

 

Manakala Hajah Radziah akan dibicarakan pada 14 Jun 2021, jam 9.30 pagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30