FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Tergamak Dera Anak Sendiri


 


 June 1st, 2021  |  10:15 AM  |   960 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang wanita dijatuhkan hukuman empat tahun penjara di Mahkamah Perantaraan, di ibu negara, di sini, atas tuduhan mendera anak perempuannya (mangsa) berusia 1 tahun 4 bulan.

 

Tertuduh juga dikenakan denda sebanyak BND1,500 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda dalam tempoh satu bulan.

 

Hakim Hajah Hazarena binti POKSJDP Haji Abu Hurairah menjatuhkan hukuman itu terhadap Ampuan Roslinah binti Ampuan Abd. Rahman, 37 tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah.

 

Tertuduh didakwa melakukan tiga pertuduhan, iaitu dua pertuduhan di bawah Seksyen 28 (1) Akta Kanak-Kanak, Penggal 219 dan satu pertuduhan lagi di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah (APD), Penggal 27.

 

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa kerana melakukan kesalahan menampar pipi kiri mangsa semasa kejadian yang berlaku di Perpindahan Lambak Kanan pada 1 dan 30 Jun 2019.

 

Kemudian, pertuduhan kedua pula terjadi pada 22 Ogos 2019 apabila tertuduh telah menggigit mangsa berulang-ulang kali pada bahagian anggota badan iaitu kedua-dua bahu, kaki, punggung dan juga belakang yang kemudian menampar dan mencubit lengan mangsa sebanyak tiga kali sekitar jam 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi di lokasi yang sama.

 

Bagi pertuduhan ketiga, pada 27 Ogos 2019, defendan didakwa dengan kesalahan memakan dadah terkawal, iaitu kelas ‘A’ Methylamphetamine.

 

Dalam fakta kejadian, defendan mempunyai masalah kewangan dan hanya bergantung kepada ibu mertuanya untuk mencari pendapatan. Disebabkan masalah inilah dia melepaskan kekecewaannya terhadap mangsa.

 

Semasa pertuduhan kedua, defendan memberitahu dia kecewa dan marah ketika itu kerana pendingin hawa bilik tidurnya rosak dan tidak berfungsi. Dia juga berasa kurang selesa dan sering ke tandas.

 

Mangsa merupakan anak ketiga defendan bersama suaminya, Mohammad Helmi bin Awang Serabah dan sebelum ini defendan pernah berkahwin sebanyak dua kali. Pada 24 Ogos 2019, defendan dimasukkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk melahirkan anak defendan yang keempat bersama suaminya.

 

Sekembalinya dari Hospital RIPAS sekitar jam 6.00 petang pada 26 Ogos 2019, defendan mendapati mangsa terbaring di atas katil bilik tidurnya. Mangsa didapati tidak lagi bernyawa malah defendan melihat darah berbuih di sekitar muka dan mulut mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pada hari yang sama.

 

Dalam pada itu, suami tertuduh, Mohammad Helmi bin Awang Serabah turut berhadapan dengan tuduhan pembunuhan serius terhadap mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 dan kini masih sedang dalam penyiasatan sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi.

 

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30