Home > In The Court
Pecah Masuk Rumah, Curi : Dipenjara, 1 Sebatan
June 3rd, 2021 | 09:58 AM | 1051 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Perantaraan di sini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan ke atas seorang lelaki tempatan kerana memecah masuk rumah dan mencuri.
Tertuduh, Awangku Amiruddin bin Pengiran Hazmi, 25, tidak bekerja mengaku bersalah di hadapan Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar yang kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa bermula tertuduh direman.
Mengikut pertuduhan kes, tertuduh melakukan pecah rumah di sebuah kediaman RPN Kampung Lumut pada 10 dan 13 April 2021 sebelah malam apabila mengetahui tuan rumah tidak ada ketika itu dan mencuri telefon bimbit iPhone 4 berwarna hitam, sebuah telefon bimbit iPhone 5, seutas jam tangan Fossil, sebuah iPad Mini dan sebuah telefon bimbit jenama Nokia. Tertuduh seterusnya kembali semula ke rumah yang sama dengan mencuri sebuah televisyen jenama JVC 32 inci. Tertuduh telah menjual televisyen JVC dengan harga BND20 dan beberapa barang dengan harga BND10.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]