FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Kes Rayuan Didengar 14 Jun


 


 June 3rd, 2021  |  11:01 AM  |   1378 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kes rayuan Ramzidah binti Pehin Datu Kesuma Diraja Kol. (B) Haji Abdul Rahman (Tertuduh Pertama) dan Haji Nabil Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin akan didengarkan pada 14 Jun 2021, 9.30 pagi di Bangunan Mahkamah Rendah.

 

Kes rayuan ini telah dijadualkan untuk diperdengarkan di Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Yang Arif Hakim Michael Peter Burrel pada 14 sehingga 16 Jun 2021.

 

Pada petang tadi, Ramzidah binti Pehin Datu Kesuma Diraja Kol. (B) Haji Abdul Rahman (Tertuduh Pertama) dan Haji Nabil Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin (Tertuduh Kedua) hadir di Mahkamah Rayuan bagi mendengar hujah pendakwaan.

 

Pada 15 Januari 2020, Tertuduh Pertama disabit bersalah ke atas kesalahan pecah amanah, dan kedua-dua tertuduh telah disabit bersalah bagi kesalahan pembersihan wang haram oleh Yang Arif Hakim Lugar-Mawson.

 

Tertuduh Pertama dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara manakala Tertuduh Kedua dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Dalam kes yang sama, Tertuduh Kedua didapati tidak bersalah bagi dua daripada lima kesalahan pembersihan wang haram.

 

Pihak Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan kerana ia adalah jelas tidak mencukupi dan juga terhadap pembebasan ke atas Tertuduh Kedua.

 

Sementara itu, kedua-dua tertuduh merayu terhadap pensabitan yang telah dijatuhkan. Tertuduh Kedua juga merayu terhadap hukumannya dan meminta supaya hukumannya direndahkan.

 

Kedua-dua tertuduh diwakili oleh Sheikh Noordin bin Sheikh Mohammad, memohon bagi rayuan ini ditangguhkan pada sesi yang lain dan jika dibenarkan, juga telah memohon bagi mereka dilepaskan atas ikat jamin mahkamah sementara menunggu rayuan didengar.

 

Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Hajah Suriana binti Haji Radin, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff dan Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman yang hadir bagi pihak Pendakwa Raya telah membantah permohonan mereka.

 

Sebagai sebahagian daripada hujah pendakwaan, ia juga telah ditekankan bahawa kes ini sudah lama yang telah ditangguhkan sejak tahun lalu kerana pandemik COVID-19 melanda. Pihak Pendakwa Raya juga menyatakan bahawa tidak ada alasan luar biasa atau istimewa yang dapat menyokong permohonan mereka.

 

Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan bersetuju dengan bantahan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwa Raya dan menolak kedua-dua permohonan tertuduh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30