Home > In The Court
Padah Akibat Mencuri
June 8th, 2021 | 11:11 AM | 1005 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat mencuri, dua lelaki tempatan baru-baru ini dijatuhkan hukuman masing-masing bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
Hukuman 12 bulan penjara dan dua kali sebatan terhadap Mohammad Ismahadi bin Saidi (D1) dan 21 bulan penjara ke atas Tamil bin Haji Johari (D2) setelah kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di ibu negara.
Sebagai titik permulaan bagi pertuduhan pertama, Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara dikurangkan menjadi 12 penjara ke atas D1, manakala D2 pula dijatuhkan hukuman 24 bulan penjara dikurangkan menjadi 16 bulan penjara.
Bagi pertuduhan kedua, titik permulaan iaitu enam bulan penjara masing-masing ke atas D1 dan D2 namun dikurangkan menjadi empat bulan penjara dan dua kali sebatan.
Majistret Kanan Hajah Azrimah turut memerintahkan hukuman ke atas D1, 28 tahun, dijalankan secara serentak, namun hukuman bagi D2, 53 tahun, memandangkan dia berumur melebih 50 tahun, maka mahkamah juga memerintahkan dua kali sebatan ke atas D2 diganti dengan denda BND1,000 atau sebulan tambahan penjara jika D2 tidak membayar denda.
Pada 23 Mei 2021, kedua-dua defendan didakwa melakukan kesalahan iaitu mencuri satu kabel tembaga (Copper Cable) berukuran 14.38 meter kepunyaan Unified National Networks (UNN) Sdn. Bhd. di sekitar Jalan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiulap.
D1 dan D2 pada hari yang sama juga didakwa dengan niat melakukan kesalahan memotong kabel tersebut sehingga menyebabkan kerosakan kabel berkenaan. Pendakwaan terhadap D1 dan D2 dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]