FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Didenda Kerana Bergaduh


 


 June 11th, 2021  |  10:15 AM  |   1053 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki yang bertugas sebagai pegawai beruniform didenda BND3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah kerana bergaduh dan diberi tempoh selama dua bulan untuk membayar denda.

 

Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas Muhammad Amzar bin Azamain, 36 tahun, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

 

Mengikut pertuduhan, pada 12 Februari 2019, sekitar jam 10.00 malam di Kampung Tanjong Nangka, Muhammad Amzar pergi ke rumah mangsa bersama teman wanitanya, iaitu bekas isteri mangsa untuk menjemput anak-anak teman wanitanya.

 

Sebelum itu, mangsa sudah memaklumkan bekas isteri melalui WhatsApp bahawa anak-anak mereka sudah tidur dan dia akan menghantar mereka pulang keesokan harinya.

 

Ketika tiba di rumah mangsa, tertuduh dan teman wanitanya bertindak membunyikan hon kereta untuk meminta si mangsa membuka pintu pagar.

 

Namun, oleh kerana mangsa tidak membuka pintu, keduanya terus membunyikan hon kereta di depan rumah mangsa.

 

Mendengarkan bunyi tersebut, mangsa segera membuka pintu pagarnya tetapi mangsa melihat tertuduh telah beredar. Tidak lama kemudian, tertuduh kembali semula bersama dengan teman wanitanya dengan kenderaan Nissan Almera.

 

Selepas itu, tertuduh keluar dari kenderaan dan mendekati mangsa bersama teman wanitanya.

 

Tertuduh dan mangsa mula berdebat hingga terjadinya pergaduhan di antara keduanya sehingga menyebabkan kecederaan pada si mangsa.

 

Berikutan kejadian itu, mangsa segera membuat laporan polis di Balai Polis Sengkurong. Rakaman CCTV di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tertuduh menarik lengan mangsa dan menumbuk wajah mangsa.

 

Laporan perubatan juga menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa tersebut adalah disebabkan kecederaan.

 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07