FacebookInstagramTwitterContact

 

Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>           Munajat Night           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Islamic Da'wah Centre           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Memeras Ugut


 


 June 11th, 2021  |  10:17 AM  |   1136 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman 40 bulan penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memeras ugut untuk menyebarkan video bogel seorang lelaki.

 

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Endy Sumardy bin Awang Omar, 35 tahun, selepas dia mengaku bersalah memeras ugut seorang lelaki, berumur 25 tahun untuk menyebarkan video bogel bagi mendapatkan wang BND323.

 

Tertuduh melakukan kesalahan itu, pada 18 dan 20 Mei 2021, mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan Bab 22, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan sebatan.

 

Mengikut fakta kes, pada 18 dan 20 Mei 2021, mangsa berkenalan dengan seorang wanita (tertuduh) melalui media sosial Telegram.

 

Wanita (tertuduh) menggunakan nombor telefon +601124308328 dalam akaun Telegramnya dan mangsa bertukar-tukar video bogel melalui Telegram.

 

Kemudian, pada hari yang sama, wanita itu (tertuduh) menghantar SMS kepada mangsa dan memberitahunya bahawa bekas teman lelakinya menemui video bogel mangsa dan mengancam untuk mendedahkan video tersebut.

 

Wanita itu (tertuduh) memberitahu mangsa bahawa sekiranya bekas teman lelaki itu dibayar, dia tidak akan menyebarkan videonya.

 

Oleh kerana takut, mangsa bersetuju dan mula memindahkan sejumlah wang ke nombor akaun bank yang disediakan oleh (Orang A).

 

Pada 18 Mei 2021, mangsa memindahkan sejumlah BND105 seperti yang diarahkan oleh (Orang A).

 

Namun, pada hari-hari berikutnya, mangsa terus menerima pesanan daripada Orang A, yang mengancam sekali lagi dengan kemungkinan menyebarkan video bogel mangsa.

 

Di antara 19 Mei dan 20 Mei 2021, mangsa sekali lagi memindahkan sejumlah BND218 ke nombor akaun bank yang disediakan oleh Orang A. Mangsa melakukan ini kerana bimbang videonya terdedah.

 

Kira-kira jam 6.36 pagi, pada 21 Mei 2021, mangsa menerima pesanan teks WhatsApp (WA) daripada nombor telefon +673 8646947 (Orang B) yang menghantar teks WA mengaku sebagai adik kepada (Orang A). Orang B kemudian memberitahu mangsa bahawa video bogelnya masih disimpan dalam telefon Orang A.

 

Orang B menawarkan untuk membantu menghapus video tersebut dengan bayaran. Mangsa terus memindahkan sejumlah BND20 kepada Orang B untuk membantu menghapus video tersebut.

 

Mangsa dan Orang B kemudian terus berbual di WA. Orang B menawarkan untuk bertemu mangsa di sebuah hotel, pada malam itu, bertujuan untuk melakukan hubungan seksual bersama mangsa. Orang B meminta sejumlah BND30 untuk pembayaran bilik hotel.

 

Walau bagaimanapun, mangsa tidak bertindak balas terhadap tawaran itu. Orang B kemudian mengancam akan mendedahkan video bogel mangsa jika dia tidak memberikan BND30 seperti yang diarahkan oleh Orang B.

 

Oleh kerana takut, mangsa memindahkan jumlah BND30 tersebut ke nombor akaun bank yang disediakan oleh Orang B. Pada 21 Mei 2021, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bandar.

 

Mangsa melaporkan bahawa sejumlah wang telah diperas darinya berikutan ancaman untuk mendedahkan video bogelnya.

 

Mangsa membuat laporan tersebut setelah menyedari bahawa Orang A dan Orang B mungkin orang yang sama kerana kata-kata serupa yang digunakan oleh kedua-duanya ketika menghantar pesanan kepada mangsa.

 

Penyiasatan yang dilakukan atas laporan tersebut menyebabkan penahanan tertuduh, pada 26 Mei 2021.

 

Dalam pernyataan polis, tertuduh mengakui bahawa dia menyerupai sebagai Orang A untuk mendapatkan video bogel tertuduh.

 

Tertuduh mengaku bahawa dia menipu mangsa untuk mempercayai bahawa dia adalah seorang wanita dengan menggunakan video wanita yang dijumpainya dalam talian semasa panggilan videonya bersama mangsa.

 

Setelah memperoleh video bogel mangsa, tertuduh mengakui bahawa dia kemudian berpura-pura bahawa bekas teman lelaki Orang A telah mengancam untuk mendedahkan video bogel mangsa. Dengan menggunakan ancaman tersebut, tertuduh mengaku bahawa dia membuat mangsa berasa takut dan taku dicederakan, seterusnya berjaya memeras sejumlah wang daripada mangsa.

 

Tertuduh, mengakui dia menghabiskan wang mangsa untuk permainan dalam talian dan membeli mata 'Bigo' secara dalam talian.

 

Tertuduh juga mempunyai enam pertuduhan pada tahun 2019 kerana cubaan memeras ugut dan dipenjara 30 bulan dan satu sebatan, berkuat kuasa pada 19 Februari 2019 dan dibebaskan dari penjara pada 19 Oktober 2020.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07