Home > In The Court
Didenda Kerana Dadah
June 13th, 2021 | 10:34 AM | 605 views
TUTONG
Seorang lelaki warga tempatan, Mohamad Faisal bin Bagol dikenakan denda BND1,500 atau jika gagal dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah (APD), Penggal 27.
Yang Arif Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Yusof di Mahkamah Majistret Tutong hari ini turut menetapkan tempoh bayaran denda tersebut sehingga 11 September 2021.
Mohamad Faisal (Tertuduh), berumur 39 tahun, didapati memakan dadah terkawal kelas A, Methylamphetamin setelah keputusan ujian air kencing tertuduh dianalisis di Jabatan Perkhidmatan Saintifik.
Tertuduh ditahan oleh pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) di sekitar Kampung Penanjong Tutong.
Dia juga sebelum ini tidak mempunyai rekod lalu di bawah seksyen 6(b) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Normahirah binti Rosli.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]