Home > In The Court
Pembantu Rumah Dihukum Penjara
June 13th, 2021 | 10:36 AM | 607 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang pembantu rumah wanita dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mendera anak damit di bawah Seksyen 28 (1) (a) Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Penggal 219.
Baiq Nurma Susanti (defendan), beumur 25 tahun merupakan warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman oleh Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni di Mahkamah Perantaraan, petang tadi.
Defendan didakwa melakukan kesalahan kerana mendera anak damit perempuan (mangsa) yang berumur 1 tahun 9 bulan semasa dalam jagaannya di Kampung Sungai Akar pada 4 Jun 2021.
Dalam kejadian, mangsa sedang duduk makan di kerusi anak damit (baby chair) manakala defendan pula pada ketika itu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.
Mangsa kemudian membuang makanannya ke lantai sehingga menyebabkan kemarahan defendan lalu defendan terus memukul kepala mangsa dan kemudian sekali lagi menolak dahi mangsa dengan menggunakan tangannya setelah mengutip makanan yang dibuang.
Kejadian tersebut juga disahkan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik rumah majikan defendan yang disambungkan terus ke telefon bimbitnya. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abd.Rahman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]