Home > In The Court
Perbicaraan Kes Disebut Semula, 4 September
June 14th, 2021 | 10:34 AM | 744 views
TUTONG
Seorang lelaki warga tempatan berumur 27 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Yang Arif Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Yusof di Mahkamah Majistret Tutong, kelmarin.
Wirrawandy anak Libau (defendan) didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 dan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 12 (2) (a) Akta sama yang diluluskan oleh Institusi Rawatan dan Pemulihan, 1987.
Defendan yang tidak bekerja telah melakukan kesalahan memakan dadah terkawal Methylamphetamine pada 20 Februari 2020 manakala pada 19 Mac 2020, 23 Julai 2020 dan 20 Ogos 2020, defendan didakwa gagal melaporkan diri.
Defendan kini ditahan reman dan perbicaraan kes tertuduh akan disebut semula pada 4 September 2021.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Normahirah binti Rosli di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]