Home > In The Court
Mengaku Bersalah Memiliki Minuman Keras
July 12th, 2021 | 18:45 PM | 703 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Padah memiliki barang tegahan, seorang lelaki warganegara Malaysia didenda BND5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 193 tin dan satu botol minuman keras pelbagai jenis.
Denda tersebut diputuskan oleh Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman ke atas Valerie Linn Yik Wei di Mahkamah Majistret.
Pihak mahkamah turut memerintahkan hukuman lima bulan penjara, jika gagal membayarnya.
Defendan ditangkap oleh Pegawai Pencegah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Cawangan Bandar Seri Begawan bersama Biro Kawalan Narkotik (BKN) semasa Operasi Sepadu di sebuah rumah di kawasan Kampung Kiarong.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Awangku Muhammad Afiq bin Pengiran Haji Nordin di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006. Kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Mahkamah turut memaklumkan bahawa defendan menjelaskan bayaran denda berkenaan pada hari yang sama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]