Home > In The Court
Didenda Atas Kesalahan Memiliki Rokok
July 12th, 2021 | 18:46 PM | 700 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah dan didenda BND74,200 atau 17 bulan penjara, di Mahkamah Majistret, kelmarin.
Defendan, Muhamad Hairol Azmi bin Jamil didakwa di bawah Seksyen 146 (i) (d) Perintah Eksais, 2006 kerana memiliki 92 karton dan enam paket rokok pelbagai jenis.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman mengarahkan defendan untuk membayar sebanyak BND2,120 sebulan sehingga selesai bayaran denda tersebut dan jika gagal, beliau akan menjalani pemenjaraan.
Muhamad Hairol Azmi ditangkap di sebuah rumah di kawasan Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang, Tutong dalam Operasi Sepadu Pegawai Pencegah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Cawangan Bandar Seri Begawan bersama Biro Kawalan Narkotik (BKN) yang diadakan pada 26 Mei 2021.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok adalah dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Haji Junaidi bin Haji Ahmad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]