FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Melanggar Akta Hidupan Liar


 


 July 14th, 2021  |  10:13 AM  |   916 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki, penduduk tetap dan seorang lelaki, warga tempatan, masing-masing didenda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, di bawah Seksyen 48 (1) (a) dan boleh membawa hukuman, di bawah Seksyen 48 (2) akta yang sama dan di bawah Seksyen 138 Perintah Kastam 2006.

 

Dionysius Wee (Defendan 1 - D1) didenda BND3,000 atau jika gagal membayar, didenda tiga bulan penjara, di bawah Seksyen 48 (1) (a), dan boleh membawa hukuman, di bawah Seksyen 48 (2) akta yang sama, manakala Awang Muhammad Syafiq bin Awang (Defendan 2 - D2) didenda BND1,500 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda, di bawah Seksyen 138 Perintah Kastam 2006.

 

Denda ke atas D1, berusia 41 tahun; dan D2, berusia 29 tahun diputuskan oleh Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar yang juga memerintahkan agar tempoh bayaran denda hingga 11 Ogos 2021.

 

Dalam pendakwaan Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor 'Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin, D1 menjalankan perniagaan melalui Blue Water Advertising Company Sdn. Bhd., di mana D1 kerap mengambil bahagian dalam rancangan hiburan dari dalam dan luar negara sebagai sebahagian daripada perniagaannya.

 

Pada 9 Januari 2019, D1 dan D2 secara berasingan dalam perjalanan dari Sarawak, Malaysia ke Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

D1 menggunakan kereta Suzuki Ertiga, dengan bilangan pendaftaran BAN8762 membawa seekor anak buaya, di dalam kereta tersebut.

 

Manakala, D2 pula menggunakan kereta Starwagon Van, dengan bilangan pendaftaran BAM5461 membawa seekor buaya besar yang diarahkan oleh D1.

 

Setibanya D2 di Pos Kawalan Sungai Tujoh, Kuala Belait, Pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bertanya kepada D2 mengenai barang yang dibawa oleh D2, namun D2 membalas kepada pegawai JKED tersebut yang dia hanya membawa kayu dan beg-beg berisi pakaian sahaja. Ketika itu, D2 tidak mendedahkan mengenai buaya besar dalam kenderaannya.

 

Pegawai JKED, seterusnya menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan D2 dan mendapati seekor buaya besar dan bertanya kepada D2 tentang permit kemasukan buaya tersebut ke NBD. D2 menyatakan kesemua dokumen ada bersama D1.

 

Seterusnya, D1 tiba di Pos Kawalan Sungai Tujoh, Kuala Belait bersama anak buaya di dalam keretanya. Setelah melihat D2 berhadapan dengan situasi tersebut, D2 terus berjumpa Pegawai JKED dan menunjukkan dokumen tersebut untuk membenarkan kedua-dua D1 dan D2 masuk bersama-sama buaya berkenaan ke NBD.

 

Perkara itu, kemudian dimaklumkan ke Ibu Pejabat JKED, seterusnya untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

 

Hasil pemeriksaan, kedua-dua buaya (Crocodylus Porosus) adalah tersenarai dalam Apendix 1 Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITIES), di mana D1 tidak mempunyai sebarang permit yang sah untuk mengimport kedua-dua buaya berkenaan.

 

Semasa siasatan, D1 mengaku bahawa dia pernah mengimport  anak buaya  tersebut, pada 9 Januari 2019, sementara D2 mengimport buaya besar, seperti yang diarahkan oleh D1, di mana D1 mengaku buaya tersebut di bawah jagaannya.

 

Selain itu, D2 mengaku bahawa dia mengimport seekor buaya besar, pada 9 Januari 2019 atas arahan D1, malahan D2 bercakap tidak jujur kepada Pegawai JKED kerana tidak mendedahkan mengenai buaya yang dibawa di dalam kenderaannya.

 

Dalam rekod, ini merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua D1 dan D2.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47