Home > Bahasa Melayu
Berkenan Berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemputan yang hadir ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016. |FOTO : PELITA BRUNEI ( Azmah Haji Ahad, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)
August 25th, 2016 | 11:22 AM | 2328 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 24 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; isteri Menteri Perhubungan, Pengiran Datin Hajah Jamilah binti Pengiran Haji Mohd. Yusof; isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; isteri Mufti Kerajaan, Datin Hajah Maznah binti Haji Muhammad, selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2016; dan isteri Timbalan Menteri di JPM, Datin Dr. Hajah Asmah binti Haji Morni.
JEMPUTAN khas yang hadir ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016.
Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan oleh naib johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur 2010, Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran.
Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan, ketika ini, dunia sedang menyaksikan perkembangan teknologi perhubungan (communication) yang sangat pesat dalam bidang pengangkutan (transportation) dan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud dalam sembah alu-aluannya.
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 seterusnya menjelaskan, sistem perhubungan ini merupakan asas kehidupan bagi mencapai keselesaan hidup dan yang pentingnya untuk mendapat keredaan di akhirat.
Pada zaman kegemilangan Islam yang terdahulu terangnya, perhubungan bukan sahaja telah meluaskan rangkaian perdagangan dan memajukan negara-negara sebaya tetapi juga telah meluaskan dakwah dan pengaruh Islam sebagai ugama yang syumul, progresif dan adaptif kepada keperluan dan kesejahteraan ummah.
Tambahnya, ia meletakkan hukum kepada seluruh masyarakat Islam bahawa keperluan untuk mengadakan satu sistem perhubungan yang terbaik dan untuk mengendalikannya dengan berkesan adalah satu tuntutan fardu kifayah.
CERAMAH Perdana disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani.
Pada majlis itu, Ceramah Perdana telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani.
Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.
Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung berangkat menandatangani Lembaran Kenang-Kenangan Majlis Ilmu 2016 dan seterusnya berkenan menyertai sesi bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu majlis serta para penceramah Majlis Ilmu 2016 dan berkenan menerima junjung ziarah.
BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan oleh naib johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur 2010, Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran.
Sesungguhnya, keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain ke majlis tersebut merupakan satu dorongan yang sangat berharga kepada rakyat dan penduduk negara ini untuk sentiasa berusaha ke arah mempertingkatkan ilmu sama ada bagi kemajuan diri sendiri, masyarakat, pembangunan negara dan ummah sejagat.
Acara yang diungkayahkan bersama oleh JPM dan Kementerian Perhubungan memfokuskan kepada peranan sistem perhubungan yang merangkumi pengangkutan dan ICT selaku asas kehidupan bagi mencapai keselesaan hidup di dunia dan mendapat keredaan di akhirat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Haniza Abdul Latif, Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]