Home > Bahasa Melayu
Tandatangani Buku Takziah
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, menandatangani buku takziah di Ibu Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia khusus bagi mendiang bekas Presiden Republik Singapura, Mr. S.R. Nathan |FOTO: PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman )
August 26th, 2016 | 11:55 AM | 1266 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 25 Ogos. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam turut melahirkan rasa simpati atas bekas Presiden Republik Singapura, Mr. S.R. Nathan yang telah meninggal dunia pada 22 Ogos 2016 yang lalu ketika berusia 92 tahun.
Berikutan dengan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hari ini menandatangani buku takziah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, Jalan Subok, di sini.
Penandatanganan tersebut dikhususkan kepada kerajaan dan rakyat Republik Singapura berserta ahli-ahli keluarga bekas presiden berkenaan.
Bekas Presiden Republik Singapura, Mr. S.R. Nathan dilahirkan pada 3 Julai 1924.
Beliau merupakan presiden yang paling lama berkhidmat di Republik Singapura dan memegang jawatan itu dari 1999 hingga 2011.
PESURUHJAYA Tinggi Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai semasa ditemu bual.
Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai dalam temu bual menjelaskan, hubungan persahabatan Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam sangat baik dan setentunya bekas Presiden Singapura, Mr. S.R. Nathan mempunyai hubungan persahabatan yang sangat akrab bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua).
Jelas TYT, beliau adalah presiden keenam yang merupakan presiden yang paling lama berkhidmat iaitu selama 11 tahun di Republik Singapura dan terkenal di Republik Singapura mahupun di luar negara di samping pernah mengadakan dua lawatan negara ke Negara Brunei Darussalam.
TYT menambah, beliau juga mempunyai ramai rakan akrab dan hubungan di negara ini yang setentunya memperkukuhkan lagi kemesraan, persahabatan, kepercayaan dan keyakinan antara kedua-dua pihak.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Saerah Haji Abdul Ghani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]