Home > Bahasa Melayu
DPMM Berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berangkat menghadiri Forum Perdana Majlis Ilmu 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.|FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said)
August 26th, 2016 | 12:02 PM | 2039 views
BERAKAS
Khamis, 25 Ogos. - Majlis Ilmu 2016 bertemakan 'Menjana Perhubungan Berkat dan Selamat Pemangkin Kesejahteraan Ummah' terus dihuraikan dan diperjelaskan melalui pembentangan kertas-kertas kerja seminar, Ceramah Perdana dan Forum Perdana dengan mengundang pakar-pakar khusus dalam bidang masing-masing dari dalam dan luar negeri.
Berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini, perisian Majlis Ilmu diteruskan dengan Forum Perdana.
BERANGKAT menyaksikan forum tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.
Berangkat di forum tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Juga berangkat sama ialah paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.
TIMBALAN Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar semasa menyampaikan sembah alu-aluannya.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, di Pusat Persidangan Antarabangsa dijunjung oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2016; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2016 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Forum Perdana Majlis Ilmu 2016.
AHLI panel Forum Perdana terdiri daripada Profesor Kulliyyah Information & Communication Technology, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr. Mohamad Fauzan bin Haji Noordin; Ketua Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan, Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof; dan Penolong Kanan Prof. Adjunct, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hajah Mona Yati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd. Kassim.
Acara Forum Perdana Majlis Ilmu 2016 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal dan diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.
AHLI Panel Professor Kuliyyah of Information & Communication Technology, International Islamic University Malaysia, Profesor Dr. Mohd Fauzan bin Noordin.
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan dalam sembah alu-aluannya menyembahkan, Majlis Forum Perdana ini lebih bermakna dan berseri lagi dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke majlis itu yang dilihat sebagai iltizam tinggi DYTM dan sokongan serta dorongan untuk menjadi tauladan pada mengasuh sikap suka dan gemar menimba ilmu pengetahuan dan maklumat yang berguna dan bermanfaat bagi kepentingan duniawi dan ukhrawi.
Majlis diteruskan dengan sesi Forum Perdana bertajuk 'Impak Perhubungan Terhadap
Kesejahteraan Ummah' yang dipengerusikan oleh Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi yang antaranya membicarakan tentang isu dan kesan teknologi perhubungan moden terhadap umat Islam.
AHLI Panel Pemangku Ketua Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof.
Ahli panel Forum Perdana terdiri daripada Profesor Kulliyyah Information & Communication Technology, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr. Mohamad Fauzan bin Haji Noordin; Ketua Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan, Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof dan Penolong Kanan Prof. Adjunct, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hajah Mona Yati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd. Kassim.
AHLI Panel Adjunct Senior Assistant Professor, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hajah Mona Yati bin Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd. Kassim.
Bagi memohon berkat dan rahmat, doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.
Majlis Ilmu 2016 memfokuskan kepada peranan sistem perhubungan yang merangkumi pengangkutan dan teknologi info-komunikasi (ICT) selaku asas kehidupan bagi mencapai keselesaan hidup di dunia dan mendapat keredaan di akhirat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Aimi Sani, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]