FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Didakwa Kerana Mencuri Barang Kemas Dari Mayat


 


 September 14th, 2021  |  11:57 AM  |   726 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah di atas dua pertuduhan di hadapan Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman di Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Tertuduh, Mohammad Rafi Ezamdie bin Muhammad Daud, 30 tahun akan diperdengarkan hukuman pada 15 September ini di atas kes yang melibatkan penemuan mayat baru-baru ini di mana tertuduh didapati telah melakukan penyelewengan secara tidak jujur terhadap harta orang yang sudah meninggal dunia, iaitu dengan mencuri seutas rantai emas, seutas gelang emas dan sebentuk cincin emas daripada mayat seorang wanita pada 3.30 petang, 7 Ogos 2021.

 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, seorang lelaki (Pengadu) membuat laporan kepada pihak polis mengenai penemuan mayat seorang wanita yang meninggal dunia di dalam sebuah kereta Toyota Soluna.

 

Siasatan polis yang dijalankan ke atas mayat tersebut menunjukkan bahawa si mati adalah seorang wanita yang bernama Lai Nyuk Shian berusia 43 tahun dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Mumong, Kuala Balai, Belait.

 

Siasatan polis juga mendapati bahawa lelaki yang telah memaklumkan mengenai mayat tersebut kepada si Pengadu adalah tertuduh itu dan pada 14 Ogos 2021, tertuduh berjaya ditangkap.

 

Dalam pernyataannya kepada pihak polis, tertuduh mengakui bahawa sekitar jam 12.15 tengah hari pada 7 Ogos 2021, tertuduh memandu kereta majikannya ke sebuah kebun di Jalan Mumong, Kuala Balai.

 

Semasa tiba di kebun tersebut, tertuduh melihat sebuah kenderaan Toyota Soluna diletakkan di tepi jalan, berhampiran kebun tersebut.

 

Tertuduh pun masuk ke kebun tersebut untuk mengambil beberapa buah-buahan untuk dijual. Selepas kira-kira sejam, tertuduh kemudian kembali keluar ke jalan utama.

 

Kira-kira jam 3.30 petang, tertuduh kembali semula ke laluan utama kebun dan melihat kereta Toyota Soluna tersebut masih lagi berada di lokasi yang sama.

 

Tertuduh terlihat bahawa ada seorang individu kelihatan sedang tidur di dalam kenderaan tersebut dan tertuduh membunyikan hon kenderaan sebanyak tiga kali namun tidak ada tindak balas daripada individu di dalam kenderaan berkenaan.

 

Tertuduh kemudian membuat keputusan untuk turun dari kenderaannya dan memeriksa kenderaan tersebut. Apabila tertuduh membuka pintu kenderaan Toyota Soluna tersebut, tertuduh melihat mayat seorang wanita terbaring di bahagian tempat duduk penumpang dan tempat duduk pemandu.

 

Tertuduh kemudiannya turun daripada kenderaan tersebut dan kembali semula ke kenderaan majikannya dan membunyikan hon sehingga pemilik kebun (Pengadu) keluar di mana tertuduh memaklumkan pengadu mengenai penemuan tersebut.

 

Setelah itu, tertuduh kembali semula ke kenderaan Toyota Soluna tersebut dan memutuskan untuk mengambil barang kemas yang dipakai oleh si mati secara paksa.

 

Tertuduh menggunakan gunting yang dijumpainya di dalam kenderaan Toyota Soluna untuk memotong satu kalung emas, satu cincin emas dan satu gelang emas dari badan si mati.

 

Tertuduh juga bertindak membuka bonet kenderaan Toyota Soluna untuk mencari barang berharga. Semasa tertuduh hendak kembali ke kenderaannya dengan barang kemas yang dicuri, tertuduh bertemu dengan si Pengadu sekali lagi. Pengadu memberitahu tertuduh untuk melaporkan penemuan mayat itu kepada polis, yang mana hal tersebut dipersetujui oleh tertuduh.

 

Tertuduh kemudian segera pergi ke rumah rakannya di Kampung Pandan 8, Kuala Belait dan memberitahu rakan-rakannya mengenai penemuan tersebut, dan meminta pertolongan mereka untuk menemaninya menjual barang kemas itu.

 

Tertuduh dan rakan-rakannya kemudian pergi ke sebuah kedai perhiasan di Kuala Belait, di mana tertuduh menjual semua barang kemas emas tersebut dan menerima BND500 hasil dari penjualan barang berkenaan.

 

Dalam kenyataannya, tertuduh mengakui bahawa beliau telah menghabiskan semua wang BND500 tersebut. Tertuduh membelanjakan BND299 dari BND500 tersebut untuk membeli telefon bimbit sebaik sahaja keluar dari kedai barang kemas. Tertuduh menghabiskan sisa wang untuk makanan, ubat-ubatan, dan menghadiahkan BND50 kepada setiap tiga rakannya yang telah menemaninya dalam menjual barang kemas.

 

Tertuduh juga mengakui dalam pernyataannya, walaupun dia telah memberitahu Pengadu bahawa dia akan melaporkan penemuan mayat si mati kepada polis, namun dia tidak pernah melakukannya.

 

Tertuduh menyatakan bahawa dia memilih untuk tidak memberikan maklumat mengenai penemuan mayat si mati kepada polis kerana ditakuti pihak polis akan mengetahui bahawa dia telah mengambil barang kemas si mati.

 

Barang kemas yang telah dijual itu berjaya ditemui oleh pihak polis di kedai barang kemas tersebut di Jalan Pretty, Kuala Belait, namun barang kemas tersebut telah dileburkan oleh pemilik kedai semasa siasatan berkenaan.

 

Dengan mengeluarkan barang kemas secara paksa dari orang yang meninggal dunia dan selepas itu bertindak menjualnya, tertuduh telah melakukan kesalahan penyelewengan tidak jujur terhadap harta orang yang meninggal dunia di bawah Seksyen 404 Kanun Hukuman Jenayah, Bab 22.

 

Dengan tidak memberikan maklumat penemuan mayat si mati, tertuduh juga didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 176 Kanun Hukuman Jenayah, Bab 22.

 

Pada rekod terdahulu, tertuduh juga mempunyai dua sabitan sebelumnya atas kesalahan mencuri mengikut Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, dan satu sabitan atas kesalahan mencuri di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah.

 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07