Home > In The Court
Dipenjara 16 Bulan Akibat Mencuri
September 16th, 2021 | 11:34 AM | 777 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Biarpun sudah pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan curi, seorang lelaki tempatan tidak serik untuk melakukan perkara yang sama.
Mohammad Rafi Ezamdie bin Muhammad Daud, 30 tahun, dijatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan atas dua pertuduhan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Mohammad Rafi Ezamdie bin Muhammad Daud mengaku salah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melesapkan seutas rantai emas; seutas gelang emas; dan sebentuk cincin emas daripada mayat seorang wanita berusia 43 tahun dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Mumong, Kuala Balai, Belait pada jam 3.30 petang, 7 Ogos.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]