FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Akibat Mencuri


 


 September 19th, 2021  |  08:28 AM  |   505 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hukuman dua bulan penjara dan dua sebatan dijatuhkan ke atas seorang penganggur, warga tempatan kerana kesalahan curi.

 

Hakim Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kifli menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Zulkarnaien bin Yusup (D1), 28 tahun. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula pada 22 Julai 2021.

 

Mengikut pertuduhan, pada 18 Julai 2021, sekitar jam 7.00 pagi di kawasan STKRJ Tungku, D1 dan D2 memandu menggunakan kenderaan Daihatsu Charade merah milik D2.

 

Mereka kemudian menemui sebuah rumah dalam keadaan lampu masih menyala dan menganggap bahawa rumah tersebut tidak berpenghuni. D2 kemudian meletakkan kenderaannya di sebuah kawasan semak dan terus memasuki kawasan rumah dengan D1 dengan memanjat pagar rumah tersebut.

 

Kedua-dua D1 dan D2 kemudian menghampiri pintu rumah yang berkunci dan D2 kemudian merosakkan panel tengah pintu tersebut dengan menggunakan parang yang dibawa bersama sementara D1 menunggu berdekatan. Mereka berjaya membuka pintu dan mencapai tombol pintu melalui panel yang rosak dan terus memasuki rumah tersebut.

 

Di dalam rumah tersebut, mereka menuju ke ruang tamu tempat D1 menemukan sebuah televisyen 42 inci jenama LG dan pemain DVD jenama Philips sementara D2 menemui sebuah konsol Sony PlayStation 4, 10 cakera padat permainan PlayStation 4, sebuah alat pembesar suara pintar Alexa dan Router CCTV.

 

Pada hari tersebut juga, sekitar jam 5.45 petang, pengadu telah berada di rumahnya di Kuala Belait. Kemudian beliau telah menemui melalui rakaman CCTV menerusi telefon bimbitnya mengenai orang yang tidak dikenali yang berbaju hitam pada jam 7.58 pagi telah berada di dalam rumahnya di Kampung Tungku di mana pada ketika itu tidak ada ahli keluarganya yang berada di dalam rumah tersebut.

 

Rakaman CCTV juga menunjukkan orang lain yang memakai topi hitam dan kelabu sedang berjalan-jalan sekitar rumahnya yang dikatakan pada jam 7.44 pagi.

 

Pengadu kemudian pergi ke rumahnya dan mendapati beberapa barang hilang dari ruang tamu. Pengadu juga mendapati pintu masuk rumah tersebut rosak dan kemudian memanggil polis untuk membuat laporan.

 

Siasatan polis menemukan bahawa identiti D1 sebagai orang yang memakai topi di rakaman CCTV dan tangkapan polis telah dibuat dengan sewajarnya. Siasatan polis seterusnya membawa kepada penglibatan D2 sebagai orang yang memakai pakaian hitam dalam rakaman CCTV dan polis tangkapan juga dibuat dengan sewajarnya.

 

Setelah siasatan polis, D1 dan D2 mengaku telah melakukan pecah rumah di alamat yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan. DI dan D2 juga mengaku telah melakukan kesalahan pencurian tersebut.

 

Semua barang-barang telah dijumpai kecuali sebuah CCTV Router. D1 mengakui bahawa dia menjual televisyen LG 42 inci dengan harga BND50 dan pemain DVD Philips berjumlah BND30 kepada pembeli bernama 'Roy' dan kedua-dua barang itu dijumpai oleh polis daripada pembeli tersebut.

 

Dalam rekod, D1 mempunyai rekod kesalahan sebelumnya. Kes di kendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Kamal Ariffin bin Ismail.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07