Home > In The Court
Miliki Dadah : 3 Wanita Tempatan Direman
September 23rd, 2021 | 09:54 AM | 618 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Tiga wanita warga tempatan ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis Methylamphetamine semasa di bawah kuarantin di Pusat Pengasingan Nasional (NIC), Pusat Latihan Program Khidmat Negara (PKBN), Temburong awal bulan ini dan dihadapkan ke mahkamah secara maya hari ini di Mahkamah Majistret.
Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkan tertuduh-tertuduh iaitu Noorhadahyati binti Aji, Siti Kamilah binti Haji Mohammad dan Fatin @ Masyitah binti Haji Amzah direman sehingga Isnin, 27 September 2021.
Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff memberitahu mahkamah bahawa pada 12 September 2021, berdasarkan maklumat orang ramai mengenai dengan aktiviti yang disyaki berkaitan dengan dadah, Pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah melakukan serbuan di NIC dan ketiga-tiga tertuduh didapati positif Methylamphetamine dan seorang tertuduh juga telah menyerahkan peralatan dadah kepada Pegawai BKN.
Tidak ada siasatan lanjut yang dapat dilakukan sehingga mereka disahkan pulih dari COVID-19. Setelah dibebaskan dari kuarantin pada hari ini, pihak pendakwaan meminta tertuduh-tertuduh direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]