Home > In The Court
Miliki Lebih 5kg Dadah : Kes Ditangguh 5 Oktober
September 23rd, 2021 | 09:55 AM | 576 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menangguhkan kes hingga 5 Oktober depan terhadap tertuduh Andre Asnnaf Daneil bin Abdullah Sianong, yang menghadapi pertuduhan memiliki 5.489 kilogram (kg) Methylamphetamine selepas ditahan pada jam 7.15 malam, 27 Disember 2020, di Pos Kawalan Polis Bebuloh.
Mahkamah Majistret hari ini mendengarkan kes dadah yang dijalankan secara dalam talian sebagai bahagian daripada Pelan Kelangsungan Operasi (BCP).
Timbalan Pendakwa Raya Hajah 'Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh memaklumkan mahkamah, bahawa barang kes masih dalam proses analisis.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]