FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Warga Asing Didakwa Langgar Akta Penyakit Berjangkit


 


 September 26th, 2021  |  12:47 PM  |   483 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warganegara Indonesia, Yuda Prayoga, berusia 22 tahun, didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit, Penggal 204.

 

Tertuduh didakwa di bawah Bab 15(4)(b) Akta Penyakit Berjangkit, Penggal 204, iaitu meninggalkan tempat setelah pengasingan, Bab 62A(2) akta yang sama iaitu gagal mengimbas Kod QR BruHealth semasa memasuki premis perniagaan dan Bab 22(4) akta yang sama iaitu mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan dengan kehadirannya di tempat awam.

 

Ini adalah pendakwaan pertama bagi kesalahan melanggar Perintah Kuarantin yang dikeluarkan di bawah Akta Penyakit Berjangkit, Penggal 204.

 

Keterangan ringkas yang disediakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi menyatakan tertuduh dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai orang yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dan seterusnya menjalani Uji Swab.

 

Pada 21 Ogos 2021, tertuduh telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan di mana dia positif COVID-19 dan tertuduh seterusnya diarahkan untuk menjalani pengasingan diri dan menjalani kuarantin di tempat kediamannya hingga 6 September 2021.

 

Namun, semasa menjalani kuarantin pada 3 September 2021, tertuduh meninggalkan kediamannya dan berjalan kaki ke sebuah kedai berdekatan. Setibanya di sana, tertuduh gagal membuat imbasan ketika memasuki premis itu dan tidak menuliskan perinciannya ke dalam buku nota yang diletakkan di depan pintu masuk kedai tersebut.

 

Tertuduh berada di dalam kedai tersebut selama kira-kira 10 minit di mana terdapat juga orang ramai berada dalam kedai tersebut. Setelah mendapat maklumat daripada orang ramai, tertuduh berjaya ditangkap oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

Tertuduh mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu di hadapan Yang Arif Majistret Dewi Norlelawati binti Abdul Hamid. Kes ini ditangguhkan dan akan diperdengarkan semula pada 9 Oktober 2021 bagi penghakiman. Hukuman bagi kesalahan tersebut ialah denda tidak melebihi BND10,000, penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07