FacebookInstagramTwitterContact

 

Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Melanggar Akta Penyakit Berjangkit


 


 September 28th, 2021  |  09:31 AM  |   361 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tujuh orang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki penduduk tetap masing-masing mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman petang tadi di Mahkamah Majistret atas kesalahan di bawah Bab 62(A) Akta Penyakit Berjangkit, Penggal 204.

 

Tertuduh-tertuduh terdiri daripada Pengiran Haji Junaidi bin Pengiran Jaafar (D1); Sawal bin Duraman (D2); Haji Karia bin Duraman (D3); Mohammad bin Haji Japar (D4); Foo Chee Vui (D5); Roslie bin Mohammad Sanih (D6); Rahim bin Mohd. Said (D7); dan Harun @ Sudin bin Mohd. Jali (D8).

 

Kesemua tertuduh didakwa terlibat dalam aktiviti berbasikal secara berkumpulan di Bukit Silat, Kampung Katok ‘B’ pada pagi Ahad, 22 Ogos 2021.

 

Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd. Yusof menjatuhkan hukuman, iaitu denda sebanyak BND6,500 atau hukuman satu bulan penjara jika gagal, masing-masing ke atas D1; D2; D3; D4; dan D5.

 

Sementara itu, D6; D7; dan D8 pula dikenakan denda sebanyak BND5,500 dan jika gagal akan dijatuhkan hukuman satu bulan penjara.

 

Mahkamah juga menetapkan tempoh bayaran denda sehingga 28 Oktober 2021 terhadap kesemua tertuduh.

 

Pada 22 Ogos 2021, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berjaya menahan kesemua tertuduh, di mana hasil siasatan pihak PPDB mendapati sebilangan tertuduh merancang aktiviti tersebut sejak awal lagi, manakala sebahagiannya pula kebetulan bertemu di bukit tersebut dan meneruskan aktiviti berbasikal bersama-sama dengan yang lain.

 

PPDB segera menjalankan siasatan selepas menerima maklumat dan gambar tular mengenai sekumpulan penunggang basikal yang melakukan aktiviti berbasikal di Bukit Silat.

 

Siasatan juga mendedahkan bahawa semasa kejadian tersebut, salah seorang daripada tertuduh juga mengambil beberapa gambar yang menunjukkan bahawa kesemua tertuduh berehat bersama-sama tanpa penjarakan sosial di sepanjang perjalanan Bukit Silat - Bukit Sum-Sum. Gambar-gambar tersebut juga menunjukkan bahawa kebanyakan daripada tertuduh tidak memakai sungkup muka.

 

Dalam hujahnya, Timbalan Pendakwa Raya, Aminudin Zaki bin Dato Abdul Rahman merujuk kepada langkah-langkah kawalan dalam menghalang perhimpunan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 9 Ogos 2021 yang seterusnya dilanjutkan sehingga 4 September 2021.

 

Langkah-langkah kawalan ini, termasuklah pengecualian dalam perkumpulan beramai-ramai, termasuk melakukan aktiviti secara berkumpulan yang hanya membenarkan dua orang sahaja yang tinggal dalam rumah yang sama untuk melakukan aktiviti tersebut bagi mengurangkan lagi penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

 

Dalam hal ini, Timbalan Pendakwa Raya, Aminudin Zaki juga mengemukakan, di mana kesemua tertuduh melanggar arahan tersebut walaupun menyedari situasi COVID-19 di negara ini dan mengetahui tentang langkah-langkah kawalan tersebut dan usaha yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan.

 

Majistret Pengiran Hazirah bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya agar hukuman tersebut adalah perlu untuk memastikan orang ramai tidak memandang ringan dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, lebih-lebih lagi mengadakan perkumpulan secara beramai-ramai dan aktiviti berkumpulan.

 

Sehubungan dengan itu, Pejabat Peguam Negara turut mengingatkan orang ramai bahawa mana-mana individu yang terlibat dalam perkumpulan secara beramai-ramai, termasuk melakukan aktiviti berkumpulan serta perlakuan yang lain yang bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan akan diambil tindakan dan didakwa di bawah Akta Penyakit Berjangkit, Penggal 204, yang mana hukuman denda maksimum BND10,000 dan penjara selama enam bulan bagi kesalahan pertama, dan denda maksimum BND20,000 dan satu tahun penjara bagi kesalahan berulang kali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07