FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Direman Kerana Memiliki Dadah


 


 September 28th, 2021  |  09:36 AM  |   476 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tiga wanita tempatan yang didapati memiliki dadah jenis Methylamphetamine semasa di kuarantin di Pusat Pengasingan, Pusat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Temburong awal bulan ini mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman.

 

Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkan perbicaraan bagi kesemua tertuduh, iaitu Noorhadahyati binti Aji (Defendan Pertama - D1), 31 tahun; Siti Kamilah binti Haji Mohammad (Defendan Kedua - D2), 37 tahun; dan Fatin @ Masyitah binti Haji Amzah (Defendan Ketiga - D3), 30 tahun akan diperdengarkan pada 29 September 2021, jam 10.00 pagi bagi menetapkan hukuman terhadap ketiga-tiga tertuduh.

 

Sementara itu, kesemua defendan kini direman di Ibu Pejabat Biro Kawalan Narkotik (BKN). Sementara itu, D1 dan D3 dihadapkan di atas pertuduhan tambahan daripada kes sebelumnya.

 

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan, mereka adalah antara yang ditangkap di PKBN, Temburong pada awal pagi 13 September 2021.

 

D1 diuji positif COVID-19 dan ditempatkan di bawah Perintah Kuarantin (QO). D1 menjalani Perintah Kuarantin dari 10 September 2021 di PKBN, Batu Apoi, Temburong yang ditetapkan sebagai Pusat Pengasingan Komuniti (CiC).

 

Manakala D2 diuji positif COVID-19 dan diletakkan di bawah Perintah Kuarantin di CiC dari 8 September 2021.

 

Sementara D3 diuji positif COVID-19 dan menjalani Perintah Kuarantin di CiC dari 9 September 2021.

 

Pada 12 September 2021, Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei mendapat maklumat daripada seorang pesakit di CiC yang mengesyaki adanya aktiviti yang berkaitan dengan dadah dilakukan di salah sebuah tandas wanita di Blok 5.

 

Setelah memeriksa rekod pesakit di CiC, salah seorang suspek didapati terlibat ialah D1. Perkara itu diserahkan kepada BKN untuk tindakan selanjutnya.

 

Semasa siasatan awal, D1 menafikan mengambil dadah, tetapi sebaliknya menuduh D2 dan D3. Ketika disoal siasat oleh Pegawai BKN, D2 dan D3 mengaku mengambil dadah. D3 juga menyerahkan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mengambil dadah.

 

Sebagai sebahagian daripada siasatan, semua defendan diminta memberikan sampel air kencing masing-masing untuk dianalisis.

 

Pada 13 September 2021, ketiga-tiga defendan segera ditangkap oleh BKN dan dipindahkan ke Perkampungan Sukan di Berakas untuk menghabiskan tempoh kuarantin mereka. Defendan menamatkan tempoh kuarantin mereka pada 22 September 2021.

 

Dalam siasatan lanjut dari pihak BKN, kesemua defendan mengaku mengambil syabu (Methylamphetamine). Ketiganya juga mengaku mengenali satu sama lain selama beberapa tahun.

 

Berkaitan dengan Tuduhan Pertama terhadap D1, defendan didapati terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah ketika serbuan dijalankan di Kampung Saba Tengah pada 4 November 2019.

 

D3 pula didakwa atas Tuduhan Kelima kerana didapati terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah ketika serbuan ke Perumahan Bukit Sibanging, Jalan Muara pada 28 Januari 2020.

 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07