Home > Bahasa Melayu
Berkenan Menerima Mengadap
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh Ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye, yang akan menamatkan perkhidmatan yang berlangsung di Istana Nurul Iman.|FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
August 31st, 2016 | 11:33 AM | 1053 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Selasa, 30 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen.
Lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen ini adalah sempena memperingati Ulang Tahun Ke-40 hubungan Pertahanan Dua Hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.
Antara tujuan lawatan ini juga adalah bagi membincangkan hubungan Pertahanan Dua Hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Turut hadir di Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai; Ketua Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim; Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan), Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern dan Panglima Tentera Laut Republik Singapura, Laksamana Lai Chung Han.
Juga hadir di Majlis Mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Aimi Sani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]