FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Para mahasiswa, Graduan Diseru Berusaha Dalam Pelbagai Disiplin


MENTERI Tenanga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamenteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar ketika berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016.|FOTO: PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 September 1st, 2016  |  10:59 AM  |   1105 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 31 Ogos. - Konsep Halal dan Tayyib adalah sesuatu yang diaplikasikan bukan sahaja pada makanan yang kita makan, tetapi pada semua aspek kehidupan - termasuk barang-barang yang kita guna pakai.

 

Dalam menepati gambaran Halalan Tayyiban itu sendiri, Industri Halalan Tayyiban perlu merangkumi semua aspek halal, kualiti dan etika di seluruh rantaian - dari bahan-bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, pengedaran dan hasil produk yang sampai kepada pengguna.

 

Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menegaskan demikian pada Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) yang diadakan di Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), di sini.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, melihat pada trend makanan global beberapa dekad yang lalu menunjukkan peningkatan dalam pengambilan makanan yang diproses, di mana keselamatan makanan merupakan antara isu kesihatan awam yang semakin meningkat setiap tahun dan persoalannya di sini berapa kerap kita melihat makanan yang diubah suai secara genetik, selain menggunakan bahan tidak suci / bersih dalam makanan yang kita beli dari pasar raya yang mungkin sahaja telah berleluasa digunakan di kalangan industri makanan global.

 

''Hasilnya, beberapa produk ini mungkin berbahaya, manakala yang lain boleh menjadi kurang bernutrisi. Selain terdapat beberapa syarikat makanan yang mempraktikkan amalan yang meragukan dan dilihat sebagai tidak beretika - seperti dalam cara mereka menyediakan bahan-bahan, kebersihan dan keselamatan,'' ujarnya lagi.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, dengan mengambil penumpuan makanan yang semula jadi, berkhasiat, organik dan halal dapat memberikan ganjaran yang besar bagi orang Islam dan bukan Islam, terutama bagi mereka yang benar-benar menitik-beratkan tentang kualiti hidup, kesihatan, pemakanan dan keselamatan, maka adalah tidak menghairankan jika dilihat pada nilai pasaran makanan organik global yang dijangka mencecah BND161 bilion menjelang 2018 dengan kadar kompaun pertumbuhan tahunan sebanyak 15 peratus.

 

Tambahnya lagi, dengan kedudukan sejarah negara yang unik berteraskan budaya dan ketamadunan Islam dan kedaulatan undang-undangnya dapat dimanfaatkan melalui gerakan global dengan memperolehi keuntungan.

 

Ini kerana apa yang mengikat komitmen halalan tayyiban adalah perkongsian matlamat bersama dalam sektor organik yang meletakkan Pengusaha Sektor Industri Makanan Halal dalam kedudukan yang menguntungkan, di mana mereka boleh memanfaatkan gerakan global dan keuntungannya dari pasaran terkemuka.

 

Menurut beliau lagi, dengan membarigakan lagi konsep produk dan perkhidmatan halalan tayyiban, kita perlu meletakkan jenama halal di pasaran premium yang mampu menarik perhatian pengguna dari pelbagai budaya dan pegangan.

 

Oleh itu tegas beliau, UNISSA sebagai institusi pendidikan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam menjadi aset pada industri halalan tayyiban.

 

Yang berhormat juga menyeru kepada para mahasiswa dan graduan untuk berusaha dalam pelbagai disiplin supaya mereka boleh menyumbang pada industri halal yang semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam.

 

Dengan adanya peluang pertumbuhan yang lebih besar dalam industri makanan halal dan pematuhan pada piawaian halal akan memberikan banyak peluang pekerjaan bagi graduan tempatan dari UNISSA dan dari Institusi Pendidikan Tinggi yang lain.

 

Tambahnya, melalui strategi pemasaran yang berkesan serta memanfaatkan industri halal global, Sektor Industri Halal tempatan akan mampu menyumbang sebanyak BND5 billion pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2035, yang mana ini akan dapat memberikan kesan pada sektor ekonomi dan pekerjaan negara.

 

''Peranan kerajaan adalah untuk menyediakan hala tuju strategik dan membolehkan pertumbuhan industri dengan mewujudkan satu ekosistem yang kondusif dan mampan bagi industri makanan halal termasuk dalam seluruh rantaian nilai makanan halal, yang mana peranan industri dan perniagaan dalam hal lain, adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan mendapatkan peluang di samping mematuhi standard halal berdasarkan hukum syarak,'' jelasnya.

 

Dalam memastikan nilai halal, kualiti dan kesucian makanan dalam kehidupan kita, Brunei Darussalam telah mengeluarkan Persijilan Halal yang berkualiti tinggi dan piawaian yang ketat dalam menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah menekankan tentang kepentingan isu halal - haram sebagaimana dalam titah baginda pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran pada 22 Jun 2016 yang lalu.

 

Sehubungan itu, sebagai sebahagian dari komitmen Brunei Darussalam pada industri Halalan Tayyiban, Brunei Darussalam telah setakat ini menerbitkan buku tentang piawaian dan garis panduan bagi Industri Halal, iaitu PBD24; 2007 mengenai Makanan Halal, GD24; 2010 tentang Pembuatan dan Pengendalian Produk Perubatan Halal, Ubat-ubatan Tradisional dan Makanan Tambahan Kesihatan dan PBD 26; 2016 mengenai Garis Panduan untuk Pengilangan dan Pengendalian Produk Kosmetik Halal Brunei Darussalam di bawah kuasa Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam.

 

Di samping itu, Jabatan Tenaga dan Industri, JPM, melalui Bahagian Pembangunan Industri Halal Global akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain dalam usaha membangunkan industri halal tempatan, ini juga termasuk Kementerian hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam dan UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir, Nur Asrina idris

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54