FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Falcon Team Juara Cabaran STEM


PASUKAN ‘Falcon Team’ dari Sekolah Menengah Tanjong Maya muncul johan bagi Cabaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Inovasi Reka Bentuk Peringkat Kebangsaan Kali Kedua.|FOTO: PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 September 1st, 2016  |  11:06 AM  |   1723 views

TUNGKU

 

Rabu, 31 Ogos. – Pasukan 'Falcon Team' dari Sekolah Menengah Tanjong Maya merangkul johan dan merupakan pemenang keseluruhan bagi Cabaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Inovasi Reka Bentuk Peringkat Kebangsaan Kali Kedua pada acara yang berlangsung di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi Brunei (UTB), di sini.

 

Sementara itu, naib juara pula disandang oleh pasukan 'Super Legerra' dari Sekolah Menengah Berakas dan pasukan 'Speed Crown' dari Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri di tempat ketiga.

 

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

RIZAL 9761 STEM

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa meninjau lebih dekat hasil model kereta yang direka bentuk oleh para penuntut.

 

Terdahulu, Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum (JPK), Kementerian Pendidikan, Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi dalam ucapannya berkata Cabaran STEM Peringkat Kebangsaan Kali Kedua ini berjaya diungkayahkan oleh JPK melalui Unit Pengajian Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 

Menurutnya, kerjasama yang terjalin antara JPK dan UTB merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan kualiti dan kerelevanan dalam mengendalikan pertandingan seumpama ini dan langkah ke hadapan bagi meningkatkan inovasi dalam kalangan pelajar.

 

Bagi mengukuhkan lagi bidang kerjasama ini terangnya, JPK dan UTB merancang memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) meningkatkan daya kreativiti, perkembangan minda, penyelesaian masalah dan inovasi pelajar dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kerjaya dalam bidang-bidang kejuruteraan dan pemasaran.

 

Dalam erti kata lain ujarnya, inisiatif ini adalah bagi menyediakan landasan kepada para pelajar untuk mempamerkan hasil reka bentuk dan inovasi mereka yang setentunya mempunyai impak yang signifikan ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara.

 

RIZAL 9724 STEM

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa mencuba kereta model.

 

Antara objektif cabaran ini diadakan ialah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok bagi mengembangkan kerjaya dalam bidang kejuruteraan, sains, keusahawanan dan teknologi.

 

Acara ini telah disertai oleh sebanyak 11 buah sekolah menengah kerajaan dan institusi teknikal yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti, perkembangan minda, penyelesaian masalah dan inovasi pelajar.

 

Cabaran STEM dan Inovasi Reka Bentuk yang bermula pada 30 Ogos dan berakhir 31 Ogos itu turut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas-asas kemahiran seperti penyelesaian masalah secara berkumpulan, membuat penyelidikan, membuat pembentangan pelan perniagaan, pemasaran produk dan lain-lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12