FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihukum Penjara Akibat Melanggar Notis Pengasingan Diri


 


 October 19th, 2021  |  11:19 AM  |   518 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Akibat melanggar syarat-syarat notis pengasingan diri, seorang wanita warga tempatan dijatuhkan hukuman dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Hajah Noorliah binti Haji Noordin (defendan), 65 tahun, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana Haji Abdul Rahman.

 

Defendan pergi ke Klinik Pengkalan Batu pada 12 Ogos 2021 untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana beliau mengalami batuk berterusan selama beberapa hari. Doktor memaklumkan kepada beliau bahawa beliau menunjukkan gejala COVID-19 dan dikehendaki untuk menjalani Uji Swab.

 

Doktor memberikan notis pengasingan diri selama lima hari kepada defendan dan beliau hendaklah tinggal di rumah sepanjang tempoh tersebut.

 

Defendan diingatkan untuk menunggu keputusan Uji Swabnya, di samping itu, beliau juga diberi ubat.

 

Defendan kemudian pulang ke rumah tetapi memilih untuk tidak memaklumkan kepada sembilan anggota keluarganya yang tinggal bersamanya bahawa beliau telah diberi notis sedemikian.

 

Pada petang yang sama, defendan bertindak meninggalkan rumahnya bersama anak buahnya untuk pergi ke kedai farmasi tanpa memaklumkan kepada anak buahnya mengenai notis pengasingan diri yang dikeluarkan pada pagi tersebut.

 

Tiga hari kemudian, defendan diberitahu oleh pekerja kesihatan bahawa beliau didapati positif COVID-19 dan mengikut ‘contact tracing’ beliau, defendan didapati melanggar notis pengasingan dirinya ketika dia pergi ke kedai farmasi.

 

Defendan, mengaku bersalah atas kesalahan tersebut dan menyatakan beliau perlu keluar kerana ubat yang diberikan oleh klinik akan berakhir pada September 2021.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman menekankan bahawa defendan sedar sepenuhnya ketika beliau dilarang meninggalkan rumahnya.

 

Pada masa itu, beliau masih menunjukkan gejala COVID-19 dan belum mengetahui keputusan Uji Swabnya. Kesalahan yang dilakukan itu juga setelah seminggu sejak gelombang kedua COVID-19 melanda Brunei.

 

Semasa menjatuhkan hukuman kepada defendan, Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana menyatakan bahawa alasan defendan untuk melanggar notis pengasingan diri tidak dapat diterima dan tindakan defendan itu juga menimbulkan risiko bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi juga orang lain.

 

Majistret Kanan juga menekankan bahawa sikap serius harus diambil terhadap orang-orang yang melanggar arahan Kementerian Kesihatan dan hukuman pencegahan harus dijatuhkan untuk memerangi penyakit secara kolektif.

 

Jabatan Peguam Negara ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa sesiapa sahaja yang didapati meninggalkan atau berupaya meninggalkan tempat di mana beliau diarahkan mengasingkan diri tanpa izin Kementerian Kesihatan, boleh didakwa di bawah Seksyen 15 (4) Akta Penyakit Berjangkit yang boleh dihukum denda tidak melebihi BND10,000, penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30