FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Rasuah : 2 Lelaki Didakwa


 


 October 21st, 2021  |  11:45 AM  |   689 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua lelaki didakwa hari ini, di Mahkamah Majistret, di ibu negara, atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah Penggal 131 dan Hukuman Kanun Jenayah Penggal 22.

 

Pegawai Staf Gred 2, di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Mohd. Shah Nurul Ridzuan bin Haji Maiddin, berusia 33 tahun, didakwa di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah kerana menerima suapan sebanyak BND1,000 daripada Houng Yu Kai, seorang warganegara Malaysia, berusia 49 tahun, yang juga seorang Penyelia Kontraktor, di Syarikat Ari Cando sebagai dorongan atau ganjaran untuk mempercepatkan kerja-kerja proses pembayaran, yang dilakukan oleh kontraktor bagi projek KHEU.

 

Houng Yu Kai juga didakwa kerana memberi suapan sebanyak BND1,000 kepada Mohd. Shah Nurul Ridzuan, di bawah 6(b) Akta Pencegahan Rasuah.

 

Pertuduhan alternatif juga dihadapkan terhadap Mohd. Shah Nurul Ridzuan, di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah, iaitu kesalahan, di mana seorang penjawat awam memperoleh sesuatu yang berharga, iaitu wang jumlah BND1,000, yang berkaitan dengan tugasnya, iaitu proses pembayaran.

 

Begitu juga Houng Yu Kai, yang menghadapi pertuduhan alternatif bagi kesalahan bersubahat dengan Mohd. Shah Nurul Ridzuan dengan memberinya BND1,000 untuk mempercepatkan proses pembayaran, satu kesalahan, di bawah Bab 165, yang dibaca bersama Bab 109 Kanun Hukuman Jenayah.

 

Siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR) mendapati, pada 28 Jun 2016, Mohd. Shah Nurul Ridzuan telah menerima wang berjumlah BND1,000, yang disimpan di dalam sampul surat daripada Houng Yu Kai, sebagai dorongan atau ganjaran untuk mempercepatkan proses pembayaran kerja 'Additional Powert Point, Level 2, di Unit Perumahan, Bangunan Lama, KHEU'.

 

Kedua-dua defendan dibawa untuk menjalani Uji Swab PCR sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan ini adalah sebahagian daripada SOP BMR juga selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

 

Selepas keputusan Uji Swab negatif, kedua-dua defendan dihadapkan di hadapan Mahkamah Majistret secara dalam talian, di premis BMR, seperti yang dibenarkan, di bawah Bab 7A Akta Mahkamah Rendah.

 

Hari ini, pihak pendakwaan membuat permohonan bagi pertuduhan dibacakan dan pengakuan diambil. Peguam Bela, Sheikh Nordin, yang mewakili Mohd. Shah Nurul Ridzuan bin Haji Maiddin, bagaimanapun memohon penangguhan selama sebulan sebelum membuat pengakuan.

 

Manakala Houng Yu Kai mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Kedua-dua defendan dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah.

 

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Rozaimah binti Haji Rahman dan Peguam Bela, Sheikh Nordin mewakili bagi pihak defendan Mohd. Shah Nurul Ridzuan. Majistret yang mendengarkan kes ini ialah Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman.

 

Dalam hal ini, BMR mengingatkan orang ramai, bahawa menerima atau menawarkan rasuah kepada mana-mana orang adalah satu kesalahan serius yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sebanyak BND30,000, dan tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan, di bawah Bab 165 Hukuman Kanun Jenayah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56