Home > In The Court
Wanita Tempatan Terima Hukuman, Terlibat Aktiviti Tidak Bermoral
October 22nd, 2021 | 09:29 AM | 887 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Tidak serik melakukan aktiviti tidak bermoral, iaitu pelacuran, seorang wanita tempatan dijatuhkan hukuman empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Tertuduh, Elisa Preshilawati binti Dato Haji Muhd. Juned, 39 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, yang menjadikannya sabitan buat kali kedua atas kesalahan sama seperti yang pernah dilakukan pada 2019.
Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abd. Rahman mendengar daripada Timbalan Pendakwa Raya 'Adli Mohd. Zaidi bahawa modus operandi tertuduh adalah menggunakan WhatsApp.
Setelah mengesahkan pelanggan yang berminat, beliau kemudian mendaftar masuk ke sebuah bilik di Gadong.
Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mendapat maklumat daripada orang ramai dan segera menjalankan operasi serbuan ke tempat itu pada 18 Oktober.
Pihak polis menemukan tertuduh bersama pelanggan dengan barang-barang yang berkaitan dengan aktiviti pelacuran di lokasi tersebut.
Sebilangan wang tunai dan telefon bimbitnya juga dirampas oleh pihak polis.
Hasil siasatan lanjut mendapati tertuduh menawarkan perkhidmatan seks juga perkhidmatan lain dengan harga bermula BND30 hingga BND1,000.
Tertuduh juga mengakui bahawa beliau menggunakan hasil kegiatan tersebut untuk membayar biliknya juga untuk menyara anak-anak serta memberikan wang kepada ibunya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]