Home > In The Court
Mahkamah Tolak Pengakuan
October 26th, 2021 | 07:58 AM | 604 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Perbicaraan akan dijalankan lagi pada tahun depan iaitu 14 Mac 2022 terhadap seorang lelaki tempatan yang didakwa melakukan kesalahan kerana menumbuk dinding di COVID-19 Holding Area Mahad (CHAM), Tutong.
Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman menolak pengakuan bersalah terhadap tertuduh, Mohd Amin bin Haji Suhaili, 46 di atas pertuduhan yang dikemukakan ke atasnya kerana berkata dia tidak berniat untuk melakukan kesalahan itu.
Tertuduh telah melakukan kekerasan terhadap seorang anggota tentera yang bertugas di Pusat Pengasingan tersebut dengan menolaknya.
Tertuduh juga menghadapi satu lagi pertuduhan melakukan ugutan dengan mengugut seorang lagi anggota tentera yang bertugas apabila meletakkan tangan kanannya di dada anggota tersebut dan mengeluarkan kata-kata ugutan. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Norsuzanawati binti Pengiran Haji Abas.
Jika sabit kesalahan, boleh membawa tempoh hukuman penjara yang panjang, denda dan sebatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]