FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KSSUP Pastikan Sektor Pelancongan Penyumbang Pertumbuhan Ekonomi


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Pelancaran Destinasi Percutian Temburong bertempat di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP |FOTO: PELITA BRUNEI ( Azmah Hj Ahad )

 


 September 2nd, 2016  |  10:49 AM  |   1929 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 1 September. - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) komited dalam memastikan sektor perkhidmatan pelancongan menjadi salah satu penyumbang besar pada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya dalam industri bukan minyak dan gas.

 

Ini juga adalah selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu menekankan mengenai keperluan bagi negara untuk terus bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi yang stabil dan berdaya saing serta meningkatkan usaha dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sektor bukan minyak dan gas.

 

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa Majlis Pelancaran Destinasi Percutian Temburong bertempat di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, di sini.

 

Dengan memberi tumpuan pada sektor pelancongan tambahnya, tumpuan strategik segera KSSUP adalah pengkhususan pada pembangunan dan menaik taraf produk, yang mana tiga kategori produk pelancongan telah dikenal pasti, iaitu 'produk utama' (primary products), 'produk baru muncul' (emerging products) dan 'produk pelancongan berasaskan aktiviti' (activity-based tourism products).

 

Menurutnya, KSSUP melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan akan terus meningkatkan lagi industri pelancongan negara dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan.

 

Mengikut statistik pelancongan terangnya, kedatangan pelancong melalui udara adalah kira-kira 218,000 pada tahun lepas dan mereka berhasrat untuk melebihkan dua kali ganda menjadi 450,000 setiap tahun menjelang Tahun 2020.

 

Menyentuh tentang pakej-pakej percutian di Daerah Temburong, Yang Berhormat menjelaskan objektifnya adalah untuk mempromosi Temburong sebagai destinasi pilihan untuk bercuti selama tiga hari dua malam sebanding dengan destinasi pelancongan negara jiran seperti Phuket, Bali dan Langkawi.

 

Di samping itu jelasnya, untuk membantu dan menggalakkan ejen-ejen pelancongan tempatan untuk terlibat lebih aktif dalam mempromosikan produk-produk pelancongan di peringkat domestik dan antarabangsa, selain untuk menyediakan penduduk tempatan dengan pilihan tempatan, iaitu bercuti di Temburong, terutamanya apabila mereka merancang percutian mereka pada musim cuti bulan Disember yang akan datang.

 

Tambahnya, pelbagai pilihan dalam pakej percutian telah dibangunkan serta disusun oleh pihak kementerian dan produck-produk pelancongan juga penyedia perkhidmatan di Temburong, iaitu Ulu-ulu Resort, Freme Rainforest Lodge, Trandie Marina Resort, Sumbiling Eco Village, Borneo Trekker dan AZ Back to Nature yang terdiri dari pakej-pakej premium, keluarga, pakej budaya dan pengembaraan dengan menawarkan harga menarik kepada para pelancong.

 

Alam semula jadi dan ekosistem Temburong yang dipelihara jelasnya, kekal sebagai titik jualan utama destinasi pelancongan digabungkan dengan pelbagai etnik serta budaya tempatan juga penduduk-penduduk yang ramah, kedamaian, ketenangan dan persekitaran bersih, bebas dari trafik menjadikan Temburong destinasi percutian keluarga yang sesuai.

 

Dalam usaha untuk membangunkan Temburong katanya, pihak kementerian telah bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan terutama Pejabat Daerah Temburong dan semua produk pelancongan serta pembekal perkhidmatan juga masyarakat tempatan Temburong untuk mencipta dan menghasilkan pakej-pakej percutian menarik bagi semua peringkat umur kumpulan.

 

Tambahanya lagi, mereka juga telah sedaya upaya untuk memastikan bahawa pakej-pakej itu akan mempunyai tahap piawaian kualiti dan keselamatan serta tahap keselesaan yang tinggi serta kecekapan dari segi perkhidmatan yang disediakan untuk para pelancong.

 

Yang Berhormat seterunsya menggesa semua pihak berkepentingan pelancongan termasuk aagensi-agensi pelancongan, syarikat-syarikat penerbangan, pengusaha-pengusaha bot, pembekal-pembekal penginapan dan komuniti-komuniti tempatan untuk meningkatkan dan bekerja secara kolektif bersama-sama dalam membina Temburong sebagai destinasi percutian pilihan dan destinasi pelancongan lain secara amnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif, Nur Asrina Idris

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54