FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DARe Adakan Sesi Dialog Bersama Dewan Perniagaan India


MENTERI Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar (tengah) hadir selaku ahli panel pada Sesi Dialog bersama dengan ahli-ahli Dewan Perniagaan India.|PHOTO COURTESY: PELITA BRUNEI (Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 September 2nd, 2016  |  10:54 AM  |   1965 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 1 September. - Darussalam Enterprise (DARe) mengadakan Sesi Dialog bersama dengan ahli-ahli Dewan Perniagaan India di Auditorium, Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi (D & T), Kampung Anggerek Desa.

 

Hadir selaku ahli panel ialah Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

 

Turut menjadi ahli panel ialah Setiausaha Tetap (Perindustrian) di JPM, Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli; Timbalan Setiausaha Tetap (IT, E-Kerajaan dan Perindustrian) di JPM, Awang Muhammad Nor Shafiee bin Dato Paduka Haji Jalil; Ketua Unit Memudahcara Perniagaan (EODB) di bawah JPM, Awangku Abdul Aziz bin Pengiran Haji Ali; Ketua Pegawai Eksekutif DARe, Soon Loo dan Ahli Lembaga Pengarah DARe, Dayang Hafimi binti Abdul Haadii.

 

ASRI DIALOGE 04

YANG Di-Pertua Dewan Perniagaan India, Nazeer Ahmed Zackiriah ketika menyampaikan ucapan.

 

Majlis dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai DARe oleh Pegawai Eksekutif DARe, Dayang Ilie binti Rahman diikuti dengan taklimat mengenai EODB oleh Sekretariat EODB, Emma Agaki.

 

Yang Di-Pertua Dewan Perniagaan India, Nazeer Ahmed Zackiriah seterusnya menyampaikan ucapan yang antara lain menjelaskan mengenai perkembangan, tujuan dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang telah diusahakan oleh ahli-ahli dewan tersebut.

 

Majlis diteruskan dengan sesi dialog ahli panel bersama ahli-ahli dewan tersebut.

 

ASRI DIALOGE 08

SESI soal jawab bersama ahli-ahli panel.

 

Antara perkara yang dibangkitkan ialah mengenai pas imigrisen pekerja asing, di mana salah seorang peniaga menyarankan supaya tempoh tamat pas imigrisen dipanjangkan, tertakluk pada jenis perniagaan, memandangkan terdapat pekerja asing yang telah berkhidmat di negara ini selama berpuluh tahun.

 

Selain itu, isu yang turut diberi perhatian ialah mengenai kebanyakan warga tempatan yang lebih memilih untuk membeli-belah di negara seberang, di mana perkara ini dapat menjejaskan perniagaan di negara ini.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12