Home > Bahasa Melayu
Enam Pelajar Ditaja Skim Biasiswa Syarikat-Syarikat Usaha Sama Brunei Shell
MENTERI Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar ketika bergambar ramai bersama penerima-penerima skim biasiswa berkenaan.|FOTO: PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)
September 2nd, 2016 | 11:00 AM | 1483 views
JERUDONG
Khamis, 1 September. - Skim Biasiswa Syarikat-syarikat Usaha Sama Brunei Shell membolehkan anak-anak tempatan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam dan luar negara.
Skim itu bermatlamat melahirkan sumber profesional yang menjadi pemangkin pembangunan syarikat tersebut.
Ke arah itu, enam orang lagi pelajar cemerlang menerima biasiswa skim tersebut.
MENTERI Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar ketika hadir bagi menyaksikan penandatanganan Kontrak Skim Biasiswa Syarikat-Syarikat Usaha Sama Brunei Shell.
Majlis penandatanganan kontrak tersebut di The Empire Hotel & Country Club, di sini.
Hadir bagi menyaksikan penandatanganan kontrak, Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.
Terlebih dahulu dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Urusan dan Pengarah Sumber Manusia Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad antara lain menyatakan sejak 1972, Brunei Shell telah menaja seramai 699 biasiswa di bawah skim tersebut dan menjadikannya sebagai salah satu pendidikan utama bagi korporat penaja di negara ini.
SALAH seorang penerima biasiswa.
''Untuk tahun-tahun sebelumnya, terdapat perbezaan dalam kuota, penilaian dan kriteria pemilihan untuk skim biasiswa tersebut,'' ujarnya.
Menurutnya lagi, ia adalah sesuatu yang penting untuk memilih calon-calon relevan yang layak dan kepada pemohon biasiswa yang akan datang, mereka perlu berusaha keras dan gigih mulai sekarang untuk merebut peluang yang datang hanya sekali ini.
Pelita Brunei juga telah berpeluang untuk menemu bual dua penerima biasiswa yang bertuah juga merupakan pelajar cemerlang di sekolah mereka sebelum ini.
ADRIAN James Yong Jet Xiang semasa ditemu bual oleh wakil Pelita Brunei.
Adrian James Yong Jet Xiang akan melanjutkan pengajian ke University of East Anglia di United Kingdom dalam jurusan 'Meteorology and Oceanography', melahirkan rasa gembira kerana mendapat peluang keemasan ini dan berterima kasih pada pihak penaja kerana memberi kepercayaan kepadanya.
''Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, keluarga dan rakan-rakan kerana terus memberi sokongan yang tiada hentinya selama ini,'' kataya.
Beliau yang sebelum ini menuntut di Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan kepulangannya akan membawa kejayaan yang mampu menyumbang pada syarikat Brunei Shell nanti.
DAYANG Nurul Adiibah Afini binti Abd. Majid akan meneruskan pengajiannya di Universiti Teknologi Brunei (UTB) dalam jurusan Chemical Engineering semasa ditemu bual Pelita Brunei.
Sementara itu, Dayang Nurul Adiibah Afini binti Abd. Majid akan meneruskan pengajiannya di Universiti Teknologi Brunei (UTB) dalam jurusan Chemical Engineering melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang seumpamanya.
''Terima kasih buat kedua ibu bapa saya yang memberi dorongan selama ini dan InsyaaAllah saya akan membuat yang terbaik juga termampu untuk memperolehi keputusan yang cemerlang,'' jelasnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]