Home > Bahasa Melayu
Perutusan Tahniah Sempena Hari Kebangsaan Viet Nam Ke-71
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Jeneral Tran Dai Quang dan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc, dan juga kerajaan serta rakyat Viet Nam sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Viet Nam Ke-71.
September 2nd, 2016 | 11:02 AM | 1187 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 2 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Jeneral Tran Dai Quang dan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc, dan juga kerajaan serta rakyat Viet Nam sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Viet Nam Ke-71.
Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, TYT Jeneral Tran Dai Quang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan kegembiraan mengalu-alukan TYT dan isteri, Puan Nguyen Thi Hien sempena Lawatan Negara pada bulan lepas; yang mana setentunya meningkatkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama serantau di antara kedua-dua buah negara. Baginda juga seterusnya merakamkan sokongan padu kepada TYT sebagai Pengerusi Persidangan APEC pada tahun hadapan.
Sementara dalam titah perutusan kepada Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, TYT Nguyen Xuan Phuc, Kebawah DYMM amat menghargai kerjasama yang erat yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara di bidang dua hala dan sebagai rakan kongsi di peringkat serantau. Baginda seterusnya juga merakamkan sokongan padu Negara Brunei Darussalam kepada Republik Sosialis Viet Nam sebagai Pengerusi Persidangan APEC pada tahun 2017.
Pada mengakhiri titah-titah perutusan itu, baginda menyampaikan salam muhibah sempena menyambut hari perayaan tersebut kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, TYT Jeneral Tran Dai Quang dan keluarganya. Sementara kepada Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, TYT Nguyen Xuan Phuc, baginda juga menyampaikan salam muhibah sempena menyambut hari perayaan berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]